Berikut antara panorama yang sempat dikamerakan semasa pertandingan berlansung. Harap maaf jika ada kekurangan.
02 July 2009
Kejohanan Olahraga Tahunan : Acara Padang 2
Berikut antara panorama yang sempat dikamerakan semasa pertandingan berlansung. Harap maaf jika ada kekurangan.
Kejohanan Olahraga Tahunan : Acara Padang
Acara padang yang telah berlansung petang kelmarin (Rabu) merangkumi acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Perlawanan yang diadakan di padang SK Stapok itu berlangsung pada jam 3 petang sepertimana yang telah dirancangkan.
Acara yang lain akan bersambung pada hari ini tepat jam 2.45 petang. Semua warga SK Stapok diwajibkan hadir bagi memberikan sokongan padu kepada rumah sukan masing-masing.
Kemuncak kejohanan olahraga ini akan diadakan pada 4hb Julai 2009 bertempat di padang SMK Batu Kawa seawal jam 7 pagi. Kedatangan adalah diwajibkan bagi semua warga SK Stapok. Ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka di kejohanan ini juga dialu-alukan bagi memeriahkan suasana.
Gambar-gambar sepanjang pertandingan berlansung akan di upload kelak. Harap maklum.
24 June 2009
Selamat Berpraktikum Guru Pelatih
Mereka yang dimaksudkan ialah :

Nama: Diana Bte Osen
Kursus: Pengajian Bimbingan dan Kaunseling
Asal: Sibu, Sarawak
Umur: 25 Tahun

Nama: Khatijah Binti Musa
Kursus: Pengajian Bimbingan dan Kaunseling
Asal: Serian, Sarawak
Umur: 28 Tahun

Nama: Mohamad Faddilah Bin Supein
Kursus: Pengajian Sosial
Asal: Kota Samarahan, Sarawak
Umur: 27 Tahun

Nama: Mohd Khairul Afizam Bin Mamat
Kursus: Pengajian Sosial
Asal: Marang, Terengganu
Umur: 25 Tahun

Nama: Rusbeh Bin Peran @ Rosbeh
Kursus: Pengajian Jasmani Dan Kesihatan
Asal: Kota Belud, Sabah
Umur: 33 Tahun

Nama: Mazlan Bin Musa
Kursus: Pengajian Jasmani Dan Kesihatan
Asal: Kunak, Sabah
Umur: 25 Tahun
Datang Dan Pergi
Pemergian beliau telah diganti oleh Ustaz Sukri Mohamad (Guru j-QAF Pendidikan Islam) dari SK Mekasar yang berpindah secara suka sama suka. Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Sukri dan selamat memulakan tugas sebagai pendidik di SK Stapok ini. Semoga anda selesa berada dalam kelompok SK Stapok.
Seorang lagi guru baru telah melapor diri iaitu Encik Vincent Lu Weng yang menggantikan Cikgu Hairee. Selamat datang juga kami ucapkan. Selamat memulakan perkhidmatan anda di bumi SK Stapok.
21 June 2009
Seminar Keibubapaan 2009
Seminar Keibubapaan ini dikhususkan untuk semua para ibu bapa murid-murid tahap 2 (4, 5 & 6). Tujuan seminar semacam ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara para ibu bapa dan guru-guru. Di samping itu, ianya dapat memberikan sedikit panduan kepada ibubapa dalam memberi pendidikan cemerlang kepada anak-anak. Para penceramah yang dijemput terdiri daripada Encik Abdul Rahim dari SMKA Matang dan Puan Rosiah Pauzi dari SK Stapok sendiri.
nota SK Stapok: Gambar akan di upload kelak..
29 May 2009
Selamat Menyambut Gawai Dayak 2009

Selamat Menyambut Gawai Dayak. Gayu Guru Gerai Nyamai..
Kami warga SK Stapok mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua warga pendidik SK Stapok yang meraikan sambutan Gawai Dayak pada tahun ini. Semoga dengan sambutan perayaan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim di samping mempereratkan tradisi kunjung mengunjung antara satu sama lain.
SELAMAT MENYAMBUT GAWAI DAYAK
GAYU GURU GERAI NYAMAI
LANTANG SENANG
24 May 2009
Selamat Menempuhi Peperiksaan Penggal 1/2009

Gotong-Royong Perdana Peringkat SK Stapok 2009
Aktiviti ini bermula seawal jam 07.30 pagi dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari para ibu bapa. Mereka yang hadir mengikuti aktiviti ini telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk membersihkan kawasan sekolah dan sama-sama pakat bergotong royong dalam usaha menuju persekitaran yang selesa dan bersih. Para ibu bapa telah dibahagikan kepada tugasan masing-masing. Suasana yang semacam ini diharapkan mampu mengeratkan tali silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.
Sesi makan-makan telah disediakan oleh pihak sekolah. Para guru dan ibu bapa telah dijamu dengan hidangan bubur lambok yang sangat sedap. Maka berbaloilah kerjasama ini dengan terhidangnya bubur lambok yang boleh mengenyangkan kita semua.
Aktiviti selingan turut diadakan dengan acara karaoke oleh para ibu bapa yang berminat. Rupa-rupanya ada juga bakat terpendam yang tak kita ketahui di kalangan ibu bapa yang mempunyai suara yang merdu. Hadiah bagi mereka yang menang turut disediakan.
Akhir sekali, pihak SK Stapok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong perdana ini. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang antara guru dan ibu bapa sekalian.
nota sks : gambar akan di upload kelak..harap bersabar
Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009
Majlis makan malam ini juga dibuat untuk meraikan 2 orang guru pengganti yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan mereka di SK Stapok sehingga 29hb Mei nanti. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Bartholomew dan Cikgu Johnstone. Mereka telah berkhidmat di SK Stapok bagi menggantikan 2 orang guru SK Stapok yang sedang mengikuti kursus di Maktab Perguruan.
Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlansung ialah pertandingan karaoke antara guru. Dan juara karaoke kita pada malam itu ialah tak lain dan tak bukan disandang oleh Ustaz Awang Irwandy yang menyanyikan lagu "lamunan terhenti" oleh Aris Ariwatan. Para hakim yang telah menghakimi pertandingan tersebut ialah Cikgu Saptuah, Cikgu Siti Wahidah dan Cikgu Maria.
Pelbagai kejutan telah dibuat sepanjang aktiviti bersempena sambutan hari guru kali ini. Kejutan yang dimaksudkan ialah Cikgu Pani telah mendapat hadiah kejutan dari Penolong Kanan KK kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir suaminya. Sebenarnya PK KK hendak mencari tarikh lahir guru yang lahir pada 16 Mei tetapi tiada yang lahir pada tarikh itu. Kejutan yang seterusnya ialah hadiah untuk pakaian yang paling 'vouge' gitu. Pemenangnya ialah Cikgu Anyah yang memakai baju batik ala-ala Saloma gitu. Bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Ustaz Ishak yang telah memakai baju batik..ala-ala sopan gitu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menang.
Makanan yang dihidangkan adalah secara buffet. Kesemua makanan itu sangat sedap dan agak menarik. Walaupun ianya adalah hidangan yang biasa-biasa sahaja tetapi agak sedap juga rasanya.
nota sks : gambar akan di upload kelak..harap maaf
16 May 2009
Selamat Hari Guru 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
"..Guru Pembina Negara Bangsa.."
05 May 2009
Sejarah Hari Guru
Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan.
Lagu Dan Ikrar Hari Guru 2009
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
02 May 2009
Selamat Hari Pekerja 2009..
Selamat menyambut hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang bekerja samada di sektor awam, swasta mahu pun yang bekerja sendiri. Kepada semua guru-guru di Malaysia..selamat bercuti semuanya..berhati-hati ketika pulang ke kampung..
" Keranamu Malaysia Maju "
29 April 2009
Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2009
Pada 28hb April 2009 bersamaan hari Selasa yang lalu, Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Seni Visual SK Stapok telah mengadakan hari buku dan hak cipta sedunia peringkat sekolah. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk minat murid membaca buku.
Hari buku dan hak cipta sedunia sebenarnya adalah pada 23hb April setiap tahun. Tetapi bagi peringkat sekolah SK Stapok terpaksa diadakan pada 28hb yang lalu kerana pada tarikh 23hb April telah berlansungnya pertandingan Kompang Formasi peringkat bahagian Kuching yang mana SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah.
nota admin: gambar akan di upload kelak..harap maaf..
Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 1/2009 (Peringkat Dalaman)
Pada 16 dan 17hb April yang lalu, unit bimbingan kaunseling SK Stapok telah mengadakan satu program khas berupa kem kecemerlangan UPSR Fasa 1 untuk murid tahun 6. Rasional diadakan kem semacam ini adalah untuk mendedahkan murid dengan kemahiran belajar dan menjawab soalan ketika peperiksaan. Ia juga dilaksanakan untuk persediaan awal murid bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar. Para penceramah jemputan terdiri daripada guru-guru pakar dari SK Stapok sendiri untuk menyampaikan slot ceramah kepada para murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada 8hb September 2009 ini.
..Gambar-gambar yang dirakam sepanjang kem kecemerlangan UPSR..

para penceramah bersemangat menyampaikan ceramah mereka..

para murid sedang khusyuk mendengar ceramah..

sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada para penceramah..
Harapan pihak sekolah dengan terlaksananya program ini dapat menanamkan kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan di samping dapat mendedahkan teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan kepada murid agar realisasi sekolah akan tercapai dengan keputusan yang cemerlang..
nota admin: maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update..segala kesulitan amat dikesali..
25 April 2009
Kem Bestari Solat Tahunn 2 Siri 1/2009
Pada hari ini bersamaan dengan hari Sabtu, unit j-QAF SK Stapok telah mengadakan kem bestari solat tahun 2 siri 1/2009. Program ini berlansung seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Penyertaan murid-murid tahun dua amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 53 orang murid lelaki dan perempuan. Seramai 9 orang fasilitator telah dilantik untuk menjalankan aktiviti sepanjang program ini termasuklah 5 orang GPI j-QAF, 2 orang GPI dan 2 orang guru KAFA.
Kem bestari solat yang dikhususkan untuk murid tahun dua ini berkisar tentang solat dan bacaan dalam solat. Penekanan yang diberikan adalah tentang bacaan-bacaan yang perlu diketahui oleh murid dalam mendirikan sembahyang yang sempurna. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti riadah pagi yang telah diketuai oleh Ustaz Ishak. Sedikit penerangan ringkas telah diberikan kepada murid-murid tentang solat di makmal komputer dan aktiviti dalam kumpulan menyusul selepas itu dengan diketuai oleh para fasi masing-masing.
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya samada secara lansung atau pun tidak lansung. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian semua..Terima Kasih semua!
* gambar akan di upload kelak..
24 April 2009
Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Bahagian Kuching 2009
..gambar-gambar sekitar pertandingan paluan kompang formasi..

pasukan kompang sk stapok bergambar bersama para jurulatih..

para peserta sedang mempersembahkan persembahan masing-masing..




























