12 September 2008

Fizikal Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terdiri daripada 10 buah bangunan, iaitu blok pentadbiran, blok kantin, blok makmal komputer, blok bangunan A, blok bangunan B, rumah guru, blok RMT dan bilik buku teks, dan bangunan pra A dan B.

Di dalam blok pentadbiran terdapat pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, 6 buah bilik darjah dan bilik pemulihan khas. Manakala di dalam blok bangunan A terdapat bilik guru, surau sekolah, klinik pergigian sekolah, 6 buah bilik darjah, kedai amalan perdagangan dan stor sukan. Bangunan blok B pula merupakan bangunan 3 tingkat yang menempatkan sebanyak 6 buah bilik darjah, bilik PPSMI, perpustakaan, pusat sumber dan bilik bimbingan dan kaunseling.

Lokasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terletak di Jalan Batu Kawa, Kuching dan berada dalam kawasan kampung yang dinamakan Kampung Stapok. Jarak antara sekolah ini adalah sejauh 5 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Walaupun sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, suasananya indah dengan kawasan sekolah yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan pemandangan bukit bukau yang cantik. Tambahan lagi, tidak jauh dari sekolah ini terdapat satu kawasan yang dinamakan MJC (Muda Jaya Construction) yang terletak di Batu Kawa mempunyai pelbagai fasiliti yang memudahkan penduduk setempat berurusan tanpa perlu ke bandar Kuching. Semua ini menjadikan suasana sekolah yang ‘conducive’ untuk murid sekolah ini.

Lencana SK Stapok



Lencana Sekolah Kebangsaan Stapok

" Berilmu Berbakti "

Misi Dan Visi SK Stapok

MISI SEKOLAH


Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah berkualiti untuk melahirkan murid cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia



VISI SEKOLAH


Menjana SK Stapok ke arah kecemerlangan pendidikan.

Foto Staf Sokongan SK Stapok



Duduk dari kiri: Encik Umar Zakir (Juruteknik Komputer), Encik Razali (PKKK), Encik Robert Imang (PK1), Encik Mostapha (GB), Puan Hajjah Haidah (PKHEM), Puan Mariani Kalok (PT).

Berdiri dari kiri: Encik Jeffry, Puan Ayeha@Rogayah (PTR), Puan Norjijah, Puan Ganti, Puan Salmah, Encik Kalasi Sri (PRA).