24 April 2009

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Bahagian Kuching 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada 23hb April 2009 bersamaan dengan hari Khamis, SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan kompang formasi peringkat bahagian Kuching bagi tahun 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Padawan. Pertandingan ini diadakan di Dewan Rumpun Silat, Bandar Batu Kawah, Kuching.

Sebanyak 13 penyertaan dari semua sekolah seluruh Kuching yang mengambil bahagian. Antara hakim yang telah dilantik untuk mengadili pertandingan kompang ini bukan calang-calang orang. Mereka yang dimaksudkan ialah Ustaz Hazizy Haris (SMKA SHOAW) selaku ketua hakim dan hakim paluan, Tuan Haji Wahib Okali (SK Gersik) selaku hakim paluan, dan Encik Roslan Bojeng (SMK Batu Kawa) selaku Hakim Formasi. Semua keputusan adalah muktamad. Upacara perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh timbalan pegawai pelajaran daerah Padawan.

Keputusan pertandingan telah pun diketahui. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah yang telah memenangi pertandingan.

Johan : SK Semariang
Naib Johan : SK Matang Jaya
Tempat Ketiga : SK Rampangi

..gambar-gambar sekitar pertandingan paluan kompang formasi..


Photobucket
pasukan kompang sk stapok bergambar bersama para jurulatih..


Photobucket
para peserta sedang mempersembahkan persembahan masing-masing..

Photobucket
johan bahagian kuching : sk rampangi..tahniah!


Sekalung penghargaan dirakamkan dengan ucapan terima kasih kepada :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Stapok
Bahagian Teknologi Pendidikan Kuching
Persatuan Silat Sarawak
High Wealth Sdn Bhd
Syarikat Mutiara Trophy
Semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung