06 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Stapok 2010

Salam Satu Malaysia Buat Semua,


Pada hari Jumaat bersamaan dengan tanggal 5hb Mac 2010 telah berlansungnya majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang telah dianjurkan oleh panitia Agama Islam SK Stapok. Majlis sambutan ini diadakan secara tahunan yang bertujuan untuk mengingati akan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Sambutan majlis ini diadakan secara sederhana bertempat di perkarangan tapak perhimpunan sekolah seawal jam 8 pagi lagi. Semua murid yang beragama Islam kesemuanya memakai baju melayu bagi lelaki dan berpakaian baju kurung bagi perempuan. Suasana seperti ini nampak meriah dan terpancar sinar kegembiraan di wajah semua murid.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan nasyid. Sambutan dari pihak murid sangatlah menggalakkan dengan penyertaan seramai 15 kumpulan yang terdiri dari kalangan murid tahap 2. Pemenang pertama telah dimenangi oleh kumpulan Cahaya Puteri. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Cahaya Syurga.

Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan lagi di tahun hadapan dengan lebih meriah lagi. Semoga dengan sambutan ini dapat lebih mengingatkan kita akan kelahiran junjungan mulia dan semoga ianya akan terus terpahat di jiwa setiap insan tentang tanggal 12 rabiul awal ini...insyaallah..

Berikut ialah panorama-panorama indah yang dilensakan oleh kamera kami sepanjang majlis berlansung..




















Para peserta pertandingan nasyid :


















Hadiah Untuk Pemenang :








Sesi Penyampaian Hadiah :









Murid sedang beratur menerima makanan :







Guru dan murid sedang berselawat
secara beramai-ramai :












Johan pertandingan nasyid peringkat sekolah :










"..sekalung jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
secara lansung mahupun tidak lansung..syukran jaziilan, thank you..."




Align Center