27 June 2010

Program Larian Jogathon Di SK Stapok

Pada 27hb Jun 2010 telah diadakan program larian jogathon di SK Stapok dengan anjuran bersama oleh PIBG SK Stapok. Larian ini telah melibatkan semua orang termasuk para guru, murid-murid dan ibu bapa. Sambutan adalah sangat memberansangkan dan menarik minat mereka dan diharap program seperti ini akan diadakan di masa yang akan datang dengan lebih meriah lagi.

panorama menarik sepanjang acara berlansung..saksikan..


Photobucket


Photobucket


25 June 2010

Majlis Perpisahan Puan Nuriszarwati

Photobucket

Pada hari ini (Jumaat) bertempat di kelas 1 Gemilang telah diadakan satu majlis perpisahan secara sederhana buat seorang staff sokongan SK Stapok yang akan berpindah ke Pahang iaitu Puan Nuriszarwati Binti Saadon. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan hati yang gembira. Sekalung penghargaan buat beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di SK Stapok. Mohon dimaaf salah dan silap, semoga terus maju jaya di tempat baru..



..Tuai padi antara masak..
..esok jangan layu-layuan..
..intai kami antara nampak..
esok jangan rindu-rinduan..




24 June 2010

Guru Ganti Di SK Stapok..


SK Stapok telah menerima seorang guru ganti yang baru bagi menggantikan seorang guru sekolah ini yang bersalin. Beliau yang dimaksudkan ialah Nor Hazani Binti Ahmad yang berasal dari Kampung Rantau Panjang,Kuching, Sarawak. Beliau menggantikan Ustazah Wan Norhaslinda bermula dari 24hb Jun hingga 3hb September 2010 dan akan mengajar mata pelajaran pendidikan agama islam di sekolah ini.


Selamat Mengajar!