Showing posts with label {ucapan}. Show all posts
Showing posts with label {ucapan}. Show all posts

31 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!




salam KEMERDEKAAN ke 53 buat semua warga SK STAPOK.

...1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI...

28 May 2010

Selamat Bercuti Buat Semua Warga SK Stapok



Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua warga SK Stapok. Jagalah keselamatan anda sepanjang masa walau di mana saja anda berada. Semoga cuti ini memberikan seribu satu ketenangan buat anda semua..


..........happy holidays............



Selamat Hari Wesak




Pihak Sekolah mengucapkan selamat hari wesak buat semua penganut Budha..terutamanya buat warga SK Stapok yang meraikan hari wesak ini..

....happy wesak day to all of you out there.....

13 March 2010

Selamat Bercuti Buat Semua




Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti buat semua warga Sekolah Kebangsaan Stapok bersempena cuti pertengahan penggal 1 yang bermula pada 13hb Mac sehingga 21hb Mac 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 22hb Mac seperti biasa.


" Selamat bercuti & Happy Holiday "



14 February 2010

Selamat Tahun Baru China & Selamat Bercuti





Bersempena dengan perayaan tahun baru china ini, dengan itu pihak sekolah ingin mengucapkan selamat tahun baru china buat guru-guru SK Stapok yang merayakan sambutan ini. Juga selamat bercuti buat semua warga SK Stapok selama lebih kurang 4 hari. Manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin..







" happy chinese new year "

01 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010


hari ini 1 januari bersamaan dengan hari jumaat adalah permulaan bagi tahun baru 2010. untuk itu pihak SK STAPOK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru & happy new year buat semua warga SK STAPOK dan seluruh rakyat Malaysia..

moga-moga dengan kedatangan tahun yang baru ini dapat membangkitkan semangat yang baru buat kita semua. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

buat semua murid SK STAPOK semoga dapat mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun 2010 ini dan menjadi kebanggaan semua. selamat maju jaya buat semua.

26 October 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2009



Bermula 26hb Oktober dan berakhir pada 29 Oktober 2009, maka bermulalah peperiksaan akhir tahun bagi semua murid tahap satu dan tahap dua di SK Stapok. Sehubungan dengan itu, kami (semua guru dan staff sokongan) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid-murid SK Stapok. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang sepertimana yang dicitakan. Usaha tangga kejayaan!

" Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempehu "



02 October 2009

Selamat Hari Raya 2009



Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas dari warga SK Stapok buat semua umat Islam di seluruh dunia..

Salam Lebaran Buat Semua..

08 September 2009

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Murid Tahun 6 SK Stapok!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini berlansungnya peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun enam di seluruh negeri sehingga Khamis ini. Pihak SK Stapok ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6 SK Stapok.

" Semoga Kejayaan Bakal Dikecapi Demi 5A "


31 August 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Oh Malaysia..




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bersempena hari kemerdekaan negara yang ke 52 ini, maka kami dari SK STAPOK ingin mengucapkan salam kemerdekaan ini kepada semua warga SK Stapok dan kepada seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada. Semoga kemerdekaan ini memberikan seribu erti buat kita semua. Hargailah kemerdekaan dan keamanan yang telah dikecapi ini dengan perpaduan yang utuh demi Malaysia yang tercinta.

" 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "

Salam Kemerdekaan!

23 August 2009

Selamat Bercuti & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..

Puasa Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bersempena bulan yang mulia ini, pihak SK Stapok ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua warga SK Stapok yang beragama Islam. Semoga puasa kali ini memberikan seribu makna buat kita semua.

Selamat Berpuasa!

Selamat bercuti juga buat semua warga sekolah yang sedang bercuti sempena cuti penggal persekolahan selama seminggu ini. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 1hb Sepetember 2009.

Selamat Bercuti!

24 June 2009

Datang Dan Pergi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua..

Warga SK Stapok telah kehilangan seorang ustazah yang mana beliau telah berpindah ke SK Mekasar, Pasir Mas, Kelantan. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Salihah Abd Kadir (Guru j-QAF Pendidikan Islam). Semoga beliau selesa bertugas di tempat baru. Sekalung ucapan tahniah dari kami warga SK Stapok.

Pemergian beliau telah diganti oleh Ustaz Sukri Mohamad (Guru j-QAF Pendidikan Islam) dari SK Mekasar yang berpindah secara suka sama suka. Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Sukri dan selamat memulakan tugas sebagai pendidik di SK Stapok ini. Semoga anda selesa berada dalam kelompok SK Stapok.

Seorang lagi guru baru telah melapor diri iaitu Encik Vincent Lu Weng yang menggantikan Cikgu Hairee. Selamat datang juga kami ucapkan. Selamat memulakan perkhidmatan anda di bumi SK Stapok.


29 May 2009

Selamat Menyambut Gawai Dayak 2009

Photobucket

Selamat Menyambut Gawai Dayak. Gayu Guru Gerai Nyamai..

Kami warga SK Stapok mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua warga pendidik SK Stapok yang meraikan sambutan Gawai Dayak pada tahun ini. Semoga dengan sambutan perayaan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim di samping mempereratkan tradisi kunjung mengunjung antara satu sama lain.

SELAMAT MENYAMBUT GAWAI DAYAK
GAYU GURU GERAI NYAMAI
LANTANG SENANG

24 May 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Penggal 1/2009




Bermula 25hb Mei - 29hb Mei 2009 (Isnin-Jumaat) ini, akan berlansungnya peperiksaan penggal satu bagi semua murid di SK Stapok dari tahun satu hinggalah ke tahun enam. Oleh yang demikian, maka kami warga pendidik SK Stapok ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan penggal satu kepada semua murid. Semoga kejayaan akan mengiringi perjalanan anda sekalian.

" Selamat Menduduki Peperiksaan "

02 May 2009

Selamat Hari Pekerja 2009..



1 Mei 2009..hari pekerja sedunia..

Selamat menyambut hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang bekerja samada di sektor awam, swasta mahu pun yang bekerja sendiri. Kepada semua guru-guru di Malaysia..selamat bercuti semuanya..berhati-hati ketika pulang ke kampung..

" Keranamu Malaysia Maju "