31 March 2010

Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid (MTAQ 2010)

Salam Satu Malaysia Buat Semua..




Pada tarikh 30hb Mac 2010 bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1431H (Selasa) telah berlansungnya Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid peringkat daerah Padawan. MTAQ ini telah diadakan di SK Semenggok, Jalan Kuching/Serian, Kuching dengan tema pada tahun ini ialah 'Al-Quran Penjana Wahdatul Ummah (MTAQ) & 'Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang (Nasyid).

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, boleh dicuba lagi pada tahun hadapan.

Dalam MTAQ kali ini, SK Stapok mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat semua peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan ini terutamanya kepada pasukan nasyid sekolah (kumpulan soutul jannah) kerana telah berjaya mendapat naib johan. Manakala Bazli Bahri Bakar telah mendapat johan dalam pertandingan hafazan Al-Quran dan Syukri Abrar Mohamad telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Syabas buat semua.



Berikut ialah beberapa panorama yang sempat dilensa semasa majlis berlansung..

































"..Sekalung Tahniah Buat Semua Yang Berjaya.."


28 March 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010 SK Stapok



Salam 1 Malaysia Buat Semua


Pada hari Sabtu bersamaan dengan tarikh 27hb Mac 2010 yang lalu telah berlansungnya mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2010 di SK Stapok. Mesyuarat agung PIBG ini telah diadakan di dewan SK Stapok bermula jam 08.30 pagi. Kehadiran para ibu bapa adalah amat menggalakkan. Terima kasih buat semua yang telah terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.

Berikut ialah beberapa panorama yang dirakam sepanjang mesyuarat berlansung.



















23 March 2010

Lagi Guru PISMP di SK Stapok

Salam Satu Malaysia Buat Semua..


Pihak SK Stapok telah menerima seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Januari 2010 (PISMP) pada 22hb Mac yang lepas. Beliau akan berkampung di SK Stapok selama seminggu bermula dari 22hb Mac - 26hb Mac 2010 melalui program pengalaman berasaskan sekolah (PBS1).




Nama : Beatrice Anak Sibuar

Pengkhususan : Sains

IPGM : Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak




"....selamat datang di SK Stapok..."



13 March 2010

Selamat Bercuti Buat Semua




Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti buat semua warga Sekolah Kebangsaan Stapok bersempena cuti pertengahan penggal 1 yang bermula pada 13hb Mac sehingga 21hb Mac 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 22hb Mac seperti biasa.


" Selamat bercuti & Happy Holiday "



10 March 2010

Guru Pelatih PISMP-IPGM Di SK Stapok

Salam Satu Malaysia..


SK Stapok telah menerima kedatangan seramai 3 orang guru pelatih PISMP-IPGM ambilan Januari 2009 dari 8 Mac hingga 12 Mac 2010.




Nama:
Josephine Ensuna Anak Jouse

Pengkhususan:
Pendidikan Pemulihan

IPGM:
Kampus Sarawak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nama:
Cassandra Warnes Anak Tueng

Pengkhususan:
Pemulihan

IPGM:
Kampus Batu Lintang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nama:
Hycinthanita Anak Paha

Pengkhususan:
Pemulihan

IPGM:
Kampus Batu Lintang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







06 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Stapok 2010

Salam Satu Malaysia Buat Semua,


Pada hari Jumaat bersamaan dengan tanggal 5hb Mac 2010 telah berlansungnya majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang telah dianjurkan oleh panitia Agama Islam SK Stapok. Majlis sambutan ini diadakan secara tahunan yang bertujuan untuk mengingati akan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Sambutan majlis ini diadakan secara sederhana bertempat di perkarangan tapak perhimpunan sekolah seawal jam 8 pagi lagi. Semua murid yang beragama Islam kesemuanya memakai baju melayu bagi lelaki dan berpakaian baju kurung bagi perempuan. Suasana seperti ini nampak meriah dan terpancar sinar kegembiraan di wajah semua murid.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan nasyid. Sambutan dari pihak murid sangatlah menggalakkan dengan penyertaan seramai 15 kumpulan yang terdiri dari kalangan murid tahap 2. Pemenang pertama telah dimenangi oleh kumpulan Cahaya Puteri. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Cahaya Syurga.

Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan lagi di tahun hadapan dengan lebih meriah lagi. Semoga dengan sambutan ini dapat lebih mengingatkan kita akan kelahiran junjungan mulia dan semoga ianya akan terus terpahat di jiwa setiap insan tentang tanggal 12 rabiul awal ini...insyaallah..

Berikut ialah panorama-panorama indah yang dilensakan oleh kamera kami sepanjang majlis berlansung..




















Para peserta pertandingan nasyid :


















Hadiah Untuk Pemenang :








Sesi Penyampaian Hadiah :









Murid sedang beratur menerima makanan :







Guru dan murid sedang berselawat
secara beramai-ramai :












Johan pertandingan nasyid peringkat sekolah :










"..sekalung jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
secara lansung mahupun tidak lansung..syukran jaziilan, thank you..."




Align Center