25 April 2009

Kem Bestari Solat Tahunn 2 Siri 1/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada hari ini bersamaan dengan hari Sabtu, unit j-QAF SK Stapok telah mengadakan kem bestari solat tahun 2 siri 1/2009. Program ini berlansung seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Penyertaan murid-murid tahun dua amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 53 orang murid lelaki dan perempuan. Seramai 9 orang fasilitator telah dilantik untuk menjalankan aktiviti sepanjang program ini termasuklah 5 orang GPI j-QAF, 2 orang GPI dan 2 orang guru KAFA.

Kem bestari solat yang dikhususkan untuk murid tahun dua ini berkisar tentang solat dan bacaan dalam solat. Penekanan yang diberikan adalah tentang bacaan-bacaan yang perlu diketahui oleh murid dalam mendirikan sembahyang yang sempurna. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti riadah pagi yang telah diketuai oleh Ustaz Ishak. Sedikit penerangan ringkas telah diberikan kepada murid-murid tentang solat di makmal komputer dan aktiviti dalam kumpulan menyusul selepas itu dengan diketuai oleh para fasi masing-masing.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya samada secara lansung atau pun tidak lansung. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian semua..Terima Kasih semua!

* gambar akan di upload kelak..