26 October 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2009



Bermula 26hb Oktober dan berakhir pada 29 Oktober 2009, maka bermulalah peperiksaan akhir tahun bagi semua murid tahap satu dan tahap dua di SK Stapok. Sehubungan dengan itu, kami (semua guru dan staff sokongan) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid-murid SK Stapok. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang sepertimana yang dicitakan. Usaha tangga kejayaan!

" Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempehu "



02 October 2009

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009




Pada hari ini bertarikh 2 Oktober 2009, panitia Agama Islam SK Stapok telah mengadakan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri 2009. Kemeriahan suasana hari raya dapat dirasai dalam majlis yang serba sederhana ini apabila pelbagai juadah hidangan telah tersedia untuk dinikmati bersama. Semua guru, staf sokongan dan juga murid-murid memakai pakaian raya masing-masing bersempena majlis ramah tamah ini.

Pelbagai jenis hidangan masakan telah disediakan sehingga ada yang tidak tahu yang mana satu perlu dijamah dahulu. Sangat beruntung kita hidup di bumi SK Stapok ini.

Antara acara menarik yang diadakan sepanjang majlis berlansung ialah acara makan-makan di kelas terbuka. Di samping itu, ada acara karaoke nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid yang ingin mencungkil bakat. Ada juga guru yang turut sama mengambil bahagian.

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi dengan satu kepuasan dan senyuman di wajah semua warga SK Stapok. Diharap majlis seperti ini akan diadakan dengan lebih warna-warni lagi pada tahun hadapan dalam suasana yang lain pula, insyaallah..

..inilah antara panorama yang sempat dipotretkan di sini untuk tontonan di blog ini..






































' Selamat Hari Raya Aidilfitri SK Stapok '

Selamat Hari Raya 2009



Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas dari warga SK Stapok buat semua umat Islam di seluruh dunia..

Salam Lebaran Buat Semua..