21 June 2009

Seminar Keibubapaan 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada 20 Jun 2009 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Stapok dengan kerjasama PIBG SK Stapok telah mengadakan Seminar Keibubapaan 2009. Seminar ini telah diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Segedup, Batu Kawa. Program ini bermula seawal jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Ianya telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Stapok iaitu Encik Samsudin.

Seminar Keibubapaan ini dikhususkan untuk semua para ibu bapa murid-murid tahap 2 (4, 5 & 6). Tujuan seminar semacam ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara para ibu bapa dan guru-guru. Di samping itu, ianya dapat memberikan sedikit panduan kepada ibubapa dalam memberi pendidikan cemerlang kepada anak-anak. Para penceramah yang dijemput terdiri daripada Encik Abdul Rahim dari SMKA Matang dan Puan Rosiah Pauzi dari SK Stapok sendiri.






nota SK Stapok: Gambar akan di upload kelak..