24 May 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Penggal 1/2009




Bermula 25hb Mei - 29hb Mei 2009 (Isnin-Jumaat) ini, akan berlansungnya peperiksaan penggal satu bagi semua murid di SK Stapok dari tahun satu hinggalah ke tahun enam. Oleh yang demikian, maka kami warga pendidik SK Stapok ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan penggal satu kepada semua murid. Semoga kejayaan akan mengiringi perjalanan anda sekalian.

" Selamat Menduduki Peperiksaan "

Gotong-Royong Perdana Peringkat SK Stapok 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 23hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu aktiviti gotong royong perdana peringkat sekolah. Aktiviti gotong royong ini telah melibatkan semua guru-guru, para murid dan juga para ibu bapa.

Aktiviti ini bermula seawal jam 07.30 pagi dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari para ibu bapa. Mereka yang hadir mengikuti aktiviti ini telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk membersihkan kawasan sekolah dan sama-sama pakat bergotong royong dalam usaha menuju persekitaran yang selesa dan bersih. Para ibu bapa telah dibahagikan kepada tugasan masing-masing. Suasana yang semacam ini diharapkan mampu mengeratkan tali silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.

Sesi makan-makan telah disediakan oleh pihak sekolah. Para guru dan ibu bapa telah dijamu dengan hidangan bubur lambok yang sangat sedap. Maka berbaloilah kerjasama ini dengan terhidangnya bubur lambok yang boleh mengenyangkan kita semua.

Aktiviti selingan turut diadakan dengan acara karaoke oleh para ibu bapa yang berminat. Rupa-rupanya ada juga bakat terpendam yang tak kita ketahui di kalangan ibu bapa yang mempunyai suara yang merdu. Hadiah bagi mereka yang menang turut disediakan.

Akhir sekali, pihak SK Stapok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong perdana ini. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang antara guru dan ibu bapa sekalian.


nota sks : gambar akan di upload kelak..harap bersabar

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 22hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam bersempena meraikan sambutan hari guru peringkat SK Stapok. Majlis ini telah diadakan di Links Restaurant Dewan Suarah, Kuching yang berlansung pada jam 07.30 malam.

Majlis makan malam ini juga dibuat untuk meraikan 2 orang guru pengganti yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan mereka di SK Stapok sehingga 29hb Mei nanti. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Bartholomew dan Cikgu Johnstone. Mereka telah berkhidmat di SK Stapok bagi menggantikan 2 orang guru SK Stapok yang sedang mengikuti kursus di Maktab Perguruan.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlansung ialah pertandingan karaoke antara guru. Dan juara karaoke kita pada malam itu ialah tak lain dan tak bukan disandang oleh Ustaz Awang Irwandy yang menyanyikan lagu "lamunan terhenti" oleh Aris Ariwatan. Para hakim yang telah menghakimi pertandingan tersebut ialah Cikgu Saptuah, Cikgu Siti Wahidah dan Cikgu Maria.

Pelbagai kejutan telah dibuat sepanjang aktiviti bersempena sambutan hari guru kali ini. Kejutan yang dimaksudkan ialah Cikgu Pani telah mendapat hadiah kejutan dari Penolong Kanan KK kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir suaminya. Sebenarnya PK KK hendak mencari tarikh lahir guru yang lahir pada 16 Mei tetapi tiada yang lahir pada tarikh itu. Kejutan yang seterusnya ialah hadiah untuk pakaian yang paling 'vouge' gitu. Pemenangnya ialah Cikgu Anyah yang memakai baju batik ala-ala Saloma gitu. Bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Ustaz Ishak yang telah memakai baju batik..ala-ala sopan gitu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menang.

Makanan yang dihidangkan adalah secara buffet. Kesemua makanan itu sangat sedap dan agak menarik. Walaupun ianya adalah hidangan yang biasa-biasa sahaja tetapi agak sedap juga rasanya.



nota sks : gambar akan di upload kelak..harap maaf