24 May 2009

Gotong-Royong Perdana Peringkat SK Stapok 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 23hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu aktiviti gotong royong perdana peringkat sekolah. Aktiviti gotong royong ini telah melibatkan semua guru-guru, para murid dan juga para ibu bapa.

Aktiviti ini bermula seawal jam 07.30 pagi dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari para ibu bapa. Mereka yang hadir mengikuti aktiviti ini telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk membersihkan kawasan sekolah dan sama-sama pakat bergotong royong dalam usaha menuju persekitaran yang selesa dan bersih. Para ibu bapa telah dibahagikan kepada tugasan masing-masing. Suasana yang semacam ini diharapkan mampu mengeratkan tali silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.

Sesi makan-makan telah disediakan oleh pihak sekolah. Para guru dan ibu bapa telah dijamu dengan hidangan bubur lambok yang sangat sedap. Maka berbaloilah kerjasama ini dengan terhidangnya bubur lambok yang boleh mengenyangkan kita semua.

Aktiviti selingan turut diadakan dengan acara karaoke oleh para ibu bapa yang berminat. Rupa-rupanya ada juga bakat terpendam yang tak kita ketahui di kalangan ibu bapa yang mempunyai suara yang merdu. Hadiah bagi mereka yang menang turut disediakan.

Akhir sekali, pihak SK Stapok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong perdana ini. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang antara guru dan ibu bapa sekalian.


nota sks : gambar akan di upload kelak..harap bersabar

No comments: