15 November 2008

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga SK STAPOK..

SK Stapok, Sabtu - Bermula 15hb November sehingga 4 Januari 2009 maka bermulalah cuti akhir tahun bagi sesi pengajian 2008. Sekolah akan dibuka semula pada 5hb Januari 2009. Sehubungan dengan itu, kami pihak pentadbiran SK STAPOK ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Stapok. Sehingga kita berjumpa lagi pada 3hb Januari 2009 bagi sesi pendaftaran 2009. Sekian, harap maklum..

13 November 2008

SK Stapok cipta kejayaan lagi..

Sk Stapok, Khamis - Pada hari ini sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa keputusan peperiksaan UPSR 2008 telah diumumkan secara rasminya. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah, SK Stapok masih lagi unggul dalam mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai peratusan yang agak memberansangkan. Seramai 3 orang murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang iaiti 5A. Mereka ialah adik Abdul Zharfan (6T), adik Nurul Natasha (6T) dan adik Mohd Azida Sahira (6T). Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.

12 November 2008

Hari Persaraan PK1 (Cikgu Robert Imang)

SK Stapok, 11hb November - Pada hari Selasa yang lalu telah diadakan majlis perarakan sempena persaraan Penolong Kanan 1 SK Stapok iaitu Encik Robert Imang dengan meriah sekali. Turut diraikan juga guru-guru yang akan berpindah ke tempat baru seperti Ustazah Suzana yang akan berpindah ke Perak. Juga tak dilupakan PKHEM Puan Hajjah Haidah yang akan bertukar ke Sabah. Nampaknya SK Stapok bakal kehilangan 3 orang guru yang amat berharga.

Apa pun, kami warga SK Stapok ingin mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu Robert, Puan Hajjah Haidah, Ustazah Suzana juga Ustaz Abdul Hisan. Kenangan bersama kalian akan kami memorikan dalam kenangan yang teramat manis..

..gambar sketsa sepanjang majlis berlansung..












Lawatan Sambil Belajar Pengawas SK Stapok 2008

SK Stapok, 5hb November - Badan pengawas SK Stapok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat seperti di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Kuching dan lain-lain lagi. Antara guru yang mengiringi lawatan tersebut Puan Hajjah Haidah (PKHEM), Cikgu Saptuyah, Ustaz Ishak dan lain-lain. Antara objek lawatan ini diadakan agar dapat membina hubungan tali silaturahim antara sekolah yang dilawati disamping menimba ilmu dan mengaut pengalaman sepanjang lawatan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlansung..

..Gelagat @ Sekolah Seni Kuching..





...Lawatan Pengawas @ Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah..







Align Center

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6

Sk Stapok, 5hb November 2008 - Pada hari Rabu bersamaan 5 November yang lalu telah diadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid tahun 6 ke beberapa tempat yang telah dirancang bersempena aktiviti selepas UPSR. Antara guru yang mengiringi sepanjang lawatan tersebut termasuklah PKKK, PK HEM, Cikgu Hairee, Ustaz Ishak, Ustazah Suzana, Cikgu Norasmawaty, Cikgu Vivian, Ustaz Abdul Hisan dan lain-lain.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam di Kem Tentera..

{Sila klik pada gambar untuk besarkan}



..gambar lawatan di Rumah Sri Kenangan..









+ Semoga lawatan ini akan memberikan manfaat kepada semua +

08 November 2008

Keputusan UPSR akan diumumkan 13 November ini..

PUTRAJAYA 7 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan