18 August 2009

Berita Kematian Di SK Stapok..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pada 17hb Ogos 2009 bersamaan hari Isnin, seluruh warga SK Stapok telah dikejutkan dengan kematian seorang murid lelaki tahun 3 kerana komplikasi H1N1, paru-paru berair dan kegagalan buah pinggang.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham MOHD FITRI BIN JAILANI. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh..