20 August 2009

Majlis Solat Hajat UPSR & Ceramah Umum..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini telah berlansungnya majlis solat hajat UPSR dan ceramah umum di SK Stapok. Majlis solat hajat UPSR telah diadakan di surau Kampung Stapok. Terima kasih kepada para ibu bapa yang turut hadir bagi sama-sama menunaikan solat hajat untuk mendapatkan keberkatan dan memohon kejayaan untuk anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagi.

Aktiviti seterusnya ialah sesi ceramah umum. ceramah ini telah disampaikan oleh encik Jais Sohok dari SMK Batu Kawa. pelbagai tips telah diberi oleh beliau kepada semua murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.
















nota skstapok: gambar akan di upload kelak..harap bersabar!