31 March 2010

Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid (MTAQ 2010)

Salam Satu Malaysia Buat Semua..




Pada tarikh 30hb Mac 2010 bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1431H (Selasa) telah berlansungnya Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid peringkat daerah Padawan. MTAQ ini telah diadakan di SK Semenggok, Jalan Kuching/Serian, Kuching dengan tema pada tahun ini ialah 'Al-Quran Penjana Wahdatul Ummah (MTAQ) & 'Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang (Nasyid).

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, boleh dicuba lagi pada tahun hadapan.

Dalam MTAQ kali ini, SK Stapok mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat semua peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan ini terutamanya kepada pasukan nasyid sekolah (kumpulan soutul jannah) kerana telah berjaya mendapat naib johan. Manakala Bazli Bahri Bakar telah mendapat johan dalam pertandingan hafazan Al-Quran dan Syukri Abrar Mohamad telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Syabas buat semua.



Berikut ialah beberapa panorama yang sempat dilensa semasa majlis berlansung..

































"..Sekalung Tahniah Buat Semua Yang Berjaya.."