Apa pun, kami warga SK Stapok ingin mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu Robert, Puan Hajjah Haidah, Ustazah Suzana juga Ustaz Abdul Hisan. Kenangan bersama kalian akan kami memorikan dalam kenangan yang teramat manis..
12 November 2008
Hari Persaraan PK1 (Cikgu Robert Imang)
Apa pun, kami warga SK Stapok ingin mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu Robert, Puan Hajjah Haidah, Ustazah Suzana juga Ustaz Abdul Hisan. Kenangan bersama kalian akan kami memorikan dalam kenangan yang teramat manis..
Lawatan Sambil Belajar Pengawas SK Stapok 2008
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlansung..
Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam di Kem Tentera..
14 October 2008
Laporan Pelaksanaan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2008
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Sekolah telah berlangsung pada
Segala aktiviti program yang telah dirancangkan telah berlangsung dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama semua pihak. Terdapat pertandingan yang berlangsung sebelum hari kemuncak perayaan seperti pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan bendera. Begitu juga dengan pertandingan perhiasan kelas.
Semua proses saringan bagi pertandingan lagu patriotik, deklamasi sajak BM dan BI kecuali sajak guru telah dijalankan terdahulu oleh pihak panitia pertandingan masing-masing .
Susun atur program telah dirancang sebegitu rupa untuk memudahkan ajk, murid, dan guru membuat persiapan masing-masing.
Sambutan perayaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan atau perkara-perkara buruk yang tidak diingini. Majlis berakhir seperti yang dirancang dan semua pihak berpuas hati dengan perjalanan program. Semoga semangat kerjasama dan patriotis ini akan terus membara disanubari semua warga Stapok selepas ini.
17 September 2008
Pameran Dan Jualan Buku 2008

Masa : Waktu Rehat dan Waktu Balik
Tempat: Perkarangan SK Stapok
Satu pemeran dan jualan buku telah di adakan selama dua hari di sekolah ini yang telah bermula pada 16hb September dan telah berakhir pada hari ini (17 September). Jualan buku ini telah dianjurkan oleh Juara Teguh yang menawarkan buku-buku yang menarik pada harga promosi yang berpatutan.


Guru-guru yang sibuk memilih buku..
1- Mini Handbook-Grammar RM2.50 each
2- Mini Handbook-Peribahasa/Penjodoh bil. & lain-lain RM2.50 each
3- Mini Handbook-Grammar & Vocabulary RM2.50 each
4- Mini Handbook-Synonym/Antonym/Idiom RM2.50 each
5- Mini Handbook-Maths Formula Tables RM2.50 each
6- Buku Kerja Tahun 1-6 RM2.5-2.90 each
7- Colouring Book + Free Ruler RM1.00 each
8- Disney Note Book RM1.00 each
9- Pencil/Eraser/Ruler RM1.00 each
10- Siri Mengenal Haiwan Dalam Bahasa Arab RM3.00 each
11- English made easy by the Ninja Kids RM2.00 each
05 September 2008
UPSR Christian Students Prayer 2008
Upacara ini disertai oleh seramai 37 orang murid non-muslim bersama dengan 17 orang guru-guru Kristian yang mana ianya diadakan di bilik darjah 6 Cemerlang bermula jam 12.00 hingga 1.30 tengahari. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Pastor Tram Epoi ( Penolong Ketua Daerah SIB Kuching ).Di akhir upacara ini diselitkan jamuan ringan selepas berlansungnya aktiviti berbentuk motivasi yang bertujuan untuk memberikan pupukan semangat suci kepada para murid non-muslim untuk berusaha dan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR pada minggu hadapan.
Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti diadakan :















