29 April 2009

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 28hb April 2009 bersamaan hari Selasa yang lalu, Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Seni Visual SK Stapok telah mengadakan hari buku dan hak cipta sedunia peringkat sekolah. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk minat murid membaca buku.

Hari buku dan hak cipta sedunia sebenarnya adalah pada 23hb April setiap tahun. Tetapi bagi peringkat sekolah SK Stapok terpaksa diadakan pada 28hb yang lalu kerana pada tarikh 23hb April telah berlansungnya pertandingan Kompang Formasi peringkat bahagian Kuching yang mana SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah.

nota admin: gambar akan di upload kelak..harap maaf..

Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 1/2009 (Peringkat Dalaman)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 16 dan 17hb April yang lalu, unit bimbingan kaunseling SK Stapok telah mengadakan satu program khas berupa kem kecemerlangan UPSR Fasa 1 untuk murid tahun 6. Rasional diadakan kem semacam ini adalah untuk mendedahkan murid dengan kemahiran belajar dan menjawab soalan ketika peperiksaan. Ia juga dilaksanakan untuk persediaan awal murid bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar. Para penceramah jemputan terdiri daripada guru-guru pakar dari SK Stapok sendiri untuk menyampaikan slot ceramah kepada para murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada 8hb September 2009 ini.

..Gambar-gambar yang dirakam sepanjang kem kecemerlangan UPSR..

Photobucket
para penceramah bersemangat menyampaikan ceramah mereka..

Photobucket
para murid sedang khusyuk mendengar ceramah..

Photobucket
sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada para penceramah..

Harapan pihak sekolah dengan terlaksananya program ini dapat menanamkan kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan di samping dapat mendedahkan teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan kepada murid agar realisasi sekolah akan tercapai dengan keputusan yang cemerlang..

nota admin: maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update..segala kesulitan amat dikesali..

25 April 2009

Kem Bestari Solat Tahunn 2 Siri 1/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada hari ini bersamaan dengan hari Sabtu, unit j-QAF SK Stapok telah mengadakan kem bestari solat tahun 2 siri 1/2009. Program ini berlansung seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Penyertaan murid-murid tahun dua amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 53 orang murid lelaki dan perempuan. Seramai 9 orang fasilitator telah dilantik untuk menjalankan aktiviti sepanjang program ini termasuklah 5 orang GPI j-QAF, 2 orang GPI dan 2 orang guru KAFA.

Kem bestari solat yang dikhususkan untuk murid tahun dua ini berkisar tentang solat dan bacaan dalam solat. Penekanan yang diberikan adalah tentang bacaan-bacaan yang perlu diketahui oleh murid dalam mendirikan sembahyang yang sempurna. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti riadah pagi yang telah diketuai oleh Ustaz Ishak. Sedikit penerangan ringkas telah diberikan kepada murid-murid tentang solat di makmal komputer dan aktiviti dalam kumpulan menyusul selepas itu dengan diketuai oleh para fasi masing-masing.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya samada secara lansung atau pun tidak lansung. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian semua..Terima Kasih semua!

* gambar akan di upload kelak..

24 April 2009

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Bahagian Kuching 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada 23hb April 2009 bersamaan dengan hari Khamis, SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan kompang formasi peringkat bahagian Kuching bagi tahun 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Padawan. Pertandingan ini diadakan di Dewan Rumpun Silat, Bandar Batu Kawah, Kuching.

Sebanyak 13 penyertaan dari semua sekolah seluruh Kuching yang mengambil bahagian. Antara hakim yang telah dilantik untuk mengadili pertandingan kompang ini bukan calang-calang orang. Mereka yang dimaksudkan ialah Ustaz Hazizy Haris (SMKA SHOAW) selaku ketua hakim dan hakim paluan, Tuan Haji Wahib Okali (SK Gersik) selaku hakim paluan, dan Encik Roslan Bojeng (SMK Batu Kawa) selaku Hakim Formasi. Semua keputusan adalah muktamad. Upacara perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh timbalan pegawai pelajaran daerah Padawan.

Keputusan pertandingan telah pun diketahui. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah yang telah memenangi pertandingan.

Johan : SK Semariang
Naib Johan : SK Matang Jaya
Tempat Ketiga : SK Rampangi

..gambar-gambar sekitar pertandingan paluan kompang formasi..


Photobucket
pasukan kompang sk stapok bergambar bersama para jurulatih..


Photobucket
para peserta sedang mempersembahkan persembahan masing-masing..

Photobucket
johan bahagian kuching : sk rampangi..tahniah!


Sekalung penghargaan dirakamkan dengan ucapan terima kasih kepada :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Stapok
Bahagian Teknologi Pendidikan Kuching
Persatuan Silat Sarawak
High Wealth Sdn Bhd
Syarikat Mutiara Trophy
Semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung




03 April 2009

Majlis Tadarus Al-Quran Dan Festival Nasyid Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Padawan

Tema:
Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang
&
Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang

Tarikh:
31 Mac 2009/4 Rabiul Akhir 1430 H

Hari:
Selasa

Tempat:
Sekolah Kebangsaan Matang Jaya

Dirasmikan Oleh:
YB Datuk Ir.Haji Daud Abd Rahman
(Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keputusan Akhir:

Acara Tilawah Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Thaqif Anaqi (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
N.Johan: Sharkawi Abd Rahman (SK Telaga Air)
Ketiga: Isba'ee Ismail (SK Petra Jaya)

Acara Tilawah Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nur Syahirah (SK Petra Jaya)
N.Johan: Thaqifah Aqilah (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
Ketiga: Nurul Aqilah (SK Jalan Haji Baki)

Acara Hafazan Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Bazli Bahri Bakar (SK Stapok)
N.Johan: Mohd Is'ad Ismail (SK RPR Batu Kawa)
Ketiga: Muhammad Aiman (SK Petra Jaya)

Acara Hafazan Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nor Is'mah Ismail (SK RPR Batu Kawa)
N.Johan: Nur Aina Farzana (SK Petra Jaya)
Ketiga: Aizzat Bahiah Bakar (SK Stapok)

Acara Bercerita Dari Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Syukri Abrar Mohamad (SK Stapok)
N.Johan: Nurshahanies Azriq (SK Beradek)
Ketiga: Muhammad Aiman (SK Paya Mebi)

Acara Bercerita Dari Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nur Syafika (SK Sibu Laut)
N.Johan: Nur Husnina (SK Landeh)
Ketiga: Normaisurah (SK Matang Jaya)

Acara Nasyid:
Johan: Kumpulan Az-Zahra (SK Matang Jaya)
N.Johan: Kumpulan Assyifa' (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
Ketiga: Kumpulan Soutun Nisa' (SK Stapok)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Photobucket
..pentas yang dihias indah..

Photobucket
..ucapan dari YB..

Photobucket
..alunan nasyid dari pasukan yang bertanding..

Photobucket

Photobucket
..Soutun Nisa' dari SK Stapok..

Photobucket
Photobucket
..acara penyampaian hadiah bagi yang menang..

Photobucket
..tahniah buat semua..

Photobucket
..tahniah anak-anak..

Photobucket
..Johan Nasyid dari SK Matang Jaya..

Photobucket
..Naib Johan Nasyid dari SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed..

Photobucket
..Tempat Ketiga Nasyid dari SK Stapok..

Photobucket
..gambar atas: Guru Besar SK Stapok menerima sijil dari YB sebagai juara keseluruhan..tahniah!