31 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!




salam KEMERDEKAAN ke 53 buat semua warga SK STAPOK.

...1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI...

30 August 2010

15 Orang Murid Dari Pusat Asuhan Nur Murni Diserap Ke SK Stapok

Photobucket

Pada 30hb Ogos 2010 bersamaan dengan hari Isnin, SK Stapok telah menerima kedatangan 15 orang murid dari Pusat Jagaan Nur Murni Stapok untuk diserap masuk belajar di sekolah ini. Semoga anak-anak ini selesa dan dapat belajar di sekolah ini dengan bersungguh-sungguh.

..Selamat Datang Ke SK Stapok...


Guru Pelatih PISMP ..


Pada 30hb Ogos hingga 3hb September 2010, SK Stapok sekali lagi menerima seorang guru pelatih PISMP dari Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak. Beliau ialah Voon Mui Yee. Selamat Datang diucapkan dan semoga selesa berada di sekolah ini.


27 August 2010

Majlis Berbuka Puasa & Nuzul Al-Quran Di SK Stapok

Pada hari ini 27 hb Ogos 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia, panitia pendidikan agama islam SK Stapok telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) secara beramai-beramai di perkarangan dataran sekolah. Tak lupa juga diselitkan dengan ceramah nuzul al-quran.

Pihak panitia agama islam mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang telah melibatkan diri dalam majlis iftar ini. kehadiran adalah amat memberansangkan dan aktiviti seperti ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang..insyaallah..

panorama yang sempat dirakam...saksikan...











Terima kasih
dan Salam Ramadhan Buat semua

20 August 2010

Majlis Persaraan Puan Siti Salmiah Saruddin

Pada 20hb Ogos bersamaan dengan hari Jumaat, satu majlis secara sederhana telah diadakan bagi meraikan persaraan seorang guru yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22hb Ogos 2010 nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Siti Salmiah Saruddin yang berasal dari Sabah.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Sememangnya Cikgu Siti Salmiah adalah seorang guru yang dedikasi dan patut dicontohi.


Panorama menarik semasa majlis berlansung..

Photobucket


Photobucket


Photobucket



Terima kasih Kepada Cikgu Siti Salmiah
Jasamu Dikenang!

Aktiviti Pemberian Duit KWAPM 2010

Photobucket

Pada 20hb Ogos telah berlansungnya aktiviti pemberian duit KWAPM kepada para ibu bapa murid-murid yang layak mendapatnya. Ianya berlansung dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan renyai. Diharap mereka menggunakan duit yang diperolehi ini dengan sebaik-baiknya.

Guru Ganti Di SK Stapok Lagi..



SK Stapok telah menerima seorang lagi guru ganti bagi menggantikan seorang guru sekolah ini yang cuti bersalin iaitu cikgu maria. Beliau yang dimaksudkan ialah Cik Karen Christabel ak Juran yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau akan berkhidmat di sekolah ini bermula dari 20hb Ogos hingga 15 Oktober 2010.


Selamat Bertugas!

16 August 2010

Guru Baru Di SK Stapok


Pada 16 hb Ogos, SK Stapok telah menerima seorang guru baru bagi menggantikan posisi cikgu siti salmiah yang akan bersara pada 22hb Ogos nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah Dayang Asfarina Binti Abang Abdillah yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan PSV di sekolah ini.


Selamat bertugas!

04 August 2010

Lawatan Nazir Ke SK Stapok


Pada hari Rabu SK Stapok telah dikunjungi oleh 2 orang nazir sekolah untuk pemantauan bertema pengurusan kokurikulum. Mereka ialah Encik Oyong Imang dan Encik Sharkawi Haji Baki.



02 August 2010

Guru Pelatih ROS/PBS IPGM Lagi..

Photobucket


Guru Pelatih ROS/PBS Dari IPGM Kampus Batu Lintang:

1. Nadzirah Roslan
2. Yazid Junaidi
3. Nur Jannah Nasaruddin
4. Zai Qurratu 'Ainie Zainal Abidin