14 October 2008

Laporan Pelaksanaan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 28/08/2008 ( Khamis ), bertempat di dewan S.k Stapok seawal 7.30 pagi .

Segala aktiviti program yang telah dirancangkan telah berlangsung dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama semua pihak. Terdapat pertandingan yang berlangsung sebelum hari kemuncak perayaan seperti pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan bendera. Begitu juga dengan pertandingan perhiasan kelas.

Semua proses saringan bagi pertandingan lagu patriotik, deklamasi sajak BM dan BI kecuali sajak guru telah dijalankan terdahulu oleh pihak panitia pertandingan masing-masing .

Susun atur program telah dirancang sebegitu rupa untuk memudahkan ajk, murid, dan guru membuat persiapan masing-masing.

Sambutan perayaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan atau perkara-perkara buruk yang tidak diingini. Majlis berakhir seperti yang dirancang dan semua pihak berpuas hati dengan perjalanan program. Semoga semangat kerjasama dan patriotis ini akan terus membara disanubari semua warga Stapok selepas ini.