20 August 2010

Majlis Persaraan Puan Siti Salmiah Saruddin

Pada 20hb Ogos bersamaan dengan hari Jumaat, satu majlis secara sederhana telah diadakan bagi meraikan persaraan seorang guru yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22hb Ogos 2010 nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Siti Salmiah Saruddin yang berasal dari Sabah.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Sememangnya Cikgu Siti Salmiah adalah seorang guru yang dedikasi dan patut dicontohi.


Panorama menarik semasa majlis berlansung..

Photobucket


Photobucket


Photobucket



Terima kasih Kepada Cikgu Siti Salmiah
Jasamu Dikenang!

Aktiviti Pemberian Duit KWAPM 2010

Photobucket

Pada 20hb Ogos telah berlansungnya aktiviti pemberian duit KWAPM kepada para ibu bapa murid-murid yang layak mendapatnya. Ianya berlansung dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan renyai. Diharap mereka menggunakan duit yang diperolehi ini dengan sebaik-baiknya.

Guru Ganti Di SK Stapok Lagi..



SK Stapok telah menerima seorang lagi guru ganti bagi menggantikan seorang guru sekolah ini yang cuti bersalin iaitu cikgu maria. Beliau yang dimaksudkan ialah Cik Karen Christabel ak Juran yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau akan berkhidmat di sekolah ini bermula dari 20hb Ogos hingga 15 Oktober 2010.


Selamat Bertugas!