Showing posts with label {j-QAF}. Show all posts
Showing posts with label {j-QAF}. Show all posts

28 February 2010

Kem Bestari Solat Tahun 6 Siri 1 (2010)

Salam Satu Malaysia Buat Warga SKS..


Pada 27hb Februari bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, unit j-QAF SK Stapok telah mengadakan Kem Bestari Solat siri 1 bagi murid-murid tahun 6. KBS ini telah diadakan di surau dan di makmal sekolah dengan dibantu oleh 8 orang fasilitator yang terdiri dari 5 orang GPI j-QAF dan 3 orang guru agama KAFA.

Kepada semua fasilitator dan warga sekolah yang telah terlibat secara lansung mahupun tidak lansung, sekalung ucapan terima kasih diucapkan. Semoga program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid yang terlibat dan dapat mengaplikasinya dengan mampu dan tahu.

Berikut ialah beberapa panorama menarik yang sempat dilensakan oleh kamera kami..



















22 February 2009

Kem Bestari Solat Tahun Satu (2009)

Align Center
Pada 21.02.2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, satu program yang dinamakan KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU telah diadakan di bawah unit j-QAF dan Panitia Agama Islam. Seramai 65 orang murid tahun satu yang beragama Islam telah menghadirkan diri. Program ini bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Pelbagai program telah diadakan sepanjang kem berlansung yang mana para murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dikawal selia sepenuhnya oleh fasilitator masing-masing. Para fasilitator adalah seramai 5 orang guru GPI j-QAF dan 2 orang guru KAFA. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

..Antara gambar kenangan sepanjang program berlansung..


Slot Riadah Pagi ..


Slot Taklimat Program..


Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Slot LDK 2..


Slot Amali Wudhuk..


Solat Zohor Secara Berjemaah..

04 September 2008

Dasar dan Perlaksanaan Program j-QAF

LIPATAN SEJARAH

* PROGRAM j-QAF BERASASKAN IDEA Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA.

* DICETUSKAN SEMASA LAWATAN PM KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PADA 30 DISEMBER 2003.

* IDEA INI TELAH DIPERHALUSI DI PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN.

* DILAKSANAKAN SEPENUHNYA MULAI TAHUN 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF

* PROGRAM j-QAF ADALAH SUATU USAHA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM (PI) MELALUI PENEKANAN KHUSUS DALAM PENGAJARAN JAWI, AL- QURAN, BAHASA ARAB DAN FARDU AIN YANG DILAKSANAKAN DI PERINGKAT PERSEKOLAHAN RENDAH.

* PELAKSANAAN PROGRAM INI MENGGUNAKAN KURIKULUM SERTA MODEL DAN MODULNYA YANG TERSENDIRI.

* PELAKSANAANNYA MENGGUNAKAN PERUNTUKAN JADUAL WAKTU SEDIA ADA.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

SEMUA MURID ISLAM SEKOLAH RENDAH AKAN DAPAT :

1. MENGUASAI BACAAN DAN TULISAN JAWI.

2. KHATAM AL-QURAN;

3. MENGUASAI ASAS BAHASA ARAB

4. MEMANTAPKAN DAN MENGHAYATI AMALAN FARDU

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

* MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

* MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN

* MODEL TASMIK

* MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

* MODEL BESTARI SOLAT

ATIVITI PENGUKUHAN

1. Kelab Seni Tulisan Jawi

2. Kem Bina Juara

3. Majlis Khatam al-Quran

4. Kem Literasi al-Quran dan Pertandingan Bahasa