Showing posts with label {aktivitisekolah}. Show all posts
Showing posts with label {aktivitisekolah}. Show all posts

28 March 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010 SK Stapok



Salam 1 Malaysia Buat Semua


Pada hari Sabtu bersamaan dengan tarikh 27hb Mac 2010 yang lalu telah berlansungnya mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2010 di SK Stapok. Mesyuarat agung PIBG ini telah diadakan di dewan SK Stapok bermula jam 08.30 pagi. Kehadiran para ibu bapa adalah amat menggalakkan. Terima kasih buat semua yang telah terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.

Berikut ialah beberapa panorama yang dirakam sepanjang mesyuarat berlansung.



















02 October 2009

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009




Pada hari ini bertarikh 2 Oktober 2009, panitia Agama Islam SK Stapok telah mengadakan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri 2009. Kemeriahan suasana hari raya dapat dirasai dalam majlis yang serba sederhana ini apabila pelbagai juadah hidangan telah tersedia untuk dinikmati bersama. Semua guru, staf sokongan dan juga murid-murid memakai pakaian raya masing-masing bersempena majlis ramah tamah ini.

Pelbagai jenis hidangan masakan telah disediakan sehingga ada yang tidak tahu yang mana satu perlu dijamah dahulu. Sangat beruntung kita hidup di bumi SK Stapok ini.

Antara acara menarik yang diadakan sepanjang majlis berlansung ialah acara makan-makan di kelas terbuka. Di samping itu, ada acara karaoke nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid yang ingin mencungkil bakat. Ada juga guru yang turut sama mengambil bahagian.

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi dengan satu kepuasan dan senyuman di wajah semua warga SK Stapok. Diharap majlis seperti ini akan diadakan dengan lebih warna-warni lagi pada tahun hadapan dalam suasana yang lain pula, insyaallah..

..inilah antara panorama yang sempat dipotretkan di sini untuk tontonan di blog ini..






































' Selamat Hari Raya Aidilfitri SK Stapok '