24 May 2009

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 22hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam bersempena meraikan sambutan hari guru peringkat SK Stapok. Majlis ini telah diadakan di Links Restaurant Dewan Suarah, Kuching yang berlansung pada jam 07.30 malam.

Majlis makan malam ini juga dibuat untuk meraikan 2 orang guru pengganti yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan mereka di SK Stapok sehingga 29hb Mei nanti. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Bartholomew dan Cikgu Johnstone. Mereka telah berkhidmat di SK Stapok bagi menggantikan 2 orang guru SK Stapok yang sedang mengikuti kursus di Maktab Perguruan.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlansung ialah pertandingan karaoke antara guru. Dan juara karaoke kita pada malam itu ialah tak lain dan tak bukan disandang oleh Ustaz Awang Irwandy yang menyanyikan lagu "lamunan terhenti" oleh Aris Ariwatan. Para hakim yang telah menghakimi pertandingan tersebut ialah Cikgu Saptuah, Cikgu Siti Wahidah dan Cikgu Maria.

Pelbagai kejutan telah dibuat sepanjang aktiviti bersempena sambutan hari guru kali ini. Kejutan yang dimaksudkan ialah Cikgu Pani telah mendapat hadiah kejutan dari Penolong Kanan KK kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir suaminya. Sebenarnya PK KK hendak mencari tarikh lahir guru yang lahir pada 16 Mei tetapi tiada yang lahir pada tarikh itu. Kejutan yang seterusnya ialah hadiah untuk pakaian yang paling 'vouge' gitu. Pemenangnya ialah Cikgu Anyah yang memakai baju batik ala-ala Saloma gitu. Bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Ustaz Ishak yang telah memakai baju batik..ala-ala sopan gitu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menang.

Makanan yang dihidangkan adalah secara buffet. Kesemua makanan itu sangat sedap dan agak menarik. Walaupun ianya adalah hidangan yang biasa-biasa sahaja tetapi agak sedap juga rasanya.



nota sks : gambar akan di upload kelak..harap maaf



No comments: