24 June 2009

Datang Dan Pergi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua..

Warga SK Stapok telah kehilangan seorang ustazah yang mana beliau telah berpindah ke SK Mekasar, Pasir Mas, Kelantan. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Salihah Abd Kadir (Guru j-QAF Pendidikan Islam). Semoga beliau selesa bertugas di tempat baru. Sekalung ucapan tahniah dari kami warga SK Stapok.

Pemergian beliau telah diganti oleh Ustaz Sukri Mohamad (Guru j-QAF Pendidikan Islam) dari SK Mekasar yang berpindah secara suka sama suka. Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Sukri dan selamat memulakan tugas sebagai pendidik di SK Stapok ini. Semoga anda selesa berada dalam kelompok SK Stapok.

Seorang lagi guru baru telah melapor diri iaitu Encik Vincent Lu Weng yang menggantikan Cikgu Hairee. Selamat datang juga kami ucapkan. Selamat memulakan perkhidmatan anda di bumi SK Stapok.


No comments: