12 September 2008

Fizikal Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terdiri daripada 10 buah bangunan, iaitu blok pentadbiran, blok kantin, blok makmal komputer, blok bangunan A, blok bangunan B, rumah guru, blok RMT dan bilik buku teks, dan bangunan pra A dan B.

Di dalam blok pentadbiran terdapat pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, 6 buah bilik darjah dan bilik pemulihan khas. Manakala di dalam blok bangunan A terdapat bilik guru, surau sekolah, klinik pergigian sekolah, 6 buah bilik darjah, kedai amalan perdagangan dan stor sukan. Bangunan blok B pula merupakan bangunan 3 tingkat yang menempatkan sebanyak 6 buah bilik darjah, bilik PPSMI, perpustakaan, pusat sumber dan bilik bimbingan dan kaunseling.

No comments: