12 September 2008

Lokasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terletak di Jalan Batu Kawa, Kuching dan berada dalam kawasan kampung yang dinamakan Kampung Stapok. Jarak antara sekolah ini adalah sejauh 5 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Walaupun sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, suasananya indah dengan kawasan sekolah yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan pemandangan bukit bukau yang cantik. Tambahan lagi, tidak jauh dari sekolah ini terdapat satu kawasan yang dinamakan MJC (Muda Jaya Construction) yang terletak di Batu Kawa mempunyai pelbagai fasiliti yang memudahkan penduduk setempat berurusan tanpa perlu ke bandar Kuching. Semua ini menjadikan suasana sekolah yang ‘conducive’ untuk murid sekolah ini.

No comments: