13 September 2008

Profil Guru SK Stapok 2009


Encik Mostapha Bin Matzen (GB)
Guru M/P Pendidikan Moral
Sijil Perguruan Asas Bahasa Melayu (MPBL) 1978
01 November 1957
P.5907 (DG34)



Puan Hadinah Samsudin (PK1)


Encik Razali Bin Hassan (PKHEM)
Guru M/P Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Diploma Perguruan Am (Maktab Perguruan Rajang) 1981
08 Ogos 1961
S.15223 (DGA 32)


Puan Rosiah Pauzi (PKKK)


Puan Sa'adiah Binti Sulaiman (Guru Kaunseling)
Guru M/P Muzik
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPBL) 1989
10 September 1966
S.19966 (DGA 32)


Ustaz Awg Irwandy Haji Awg Sihat
Guru M/P Kajian Tempatan & Pen. Agama Islam
21 Oktober 1978
Sijil Perguruan Asas Pengajian Islam (MPMiri)
S.31380/u


Puan Dolly Patrick Siggart
Guru M/P Bhs Inggeris, Sains, PJK & Pend. Seni
Sijil Perguruan Asas Pengajian Bahasa Inggeris (MPS) 1993
22 Julai 1972
S.26095 (DGA 32)


Puan Elizabeth Riah ak Gubar
Guru M/P Matematik
Sijil Perguruan Asas Pengajian Bahasa Melayu (MPR) 1995
26 September 1971
S.33110 (DGA 32)


Puan Faishah Binti Haji Biyi
Guru M/P Bahasa Melayu
Sijil Perguruan Asas Pengajian Bahasa Melayu (MPR) 1995
22 September 1974
S.28849 (DGA 32)



Puan Jane ak Rambuyan
Guru M/P Sains & Bahasa Melayu
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPR) 1995
07 Oktober 1972
S.33102 (DGA 32)


Puan Josephine Tera Jaya
Guru M/P Bhs Inggeris, Pend.Moral & Pend.Seni
Sijil Perguruan Asas Am (MPR) 1976
20 Januari 1960
S.14137 (DGA 32)


Puan Julian ak Akui
Guru M/P Sains & Muzik
Sijil Perguruan Asas Pengajian Bahasa Melayu (MPBL) 1990
13 September 1967
S.21798 (DGA 32)


Puan Jurita Binti Junaidi
Guru M/P Matematik, Sains & Bahasa Melayu
Diploma Perguruan Matematik/Kajian Tempatan (MPTAR) 2002
10 Ogos 1979
S.33865 (DGA 29)


Puan Lucilia Tiong Ai Ho
Guru M/P Matematik
Sijil Perguruan Asas Am (MPR) 1977
18 September 1954
S.13266 (DGA 32)


Puan Maria ak Sekep
Guru M/P Bhs Inggeris, Muzik, Sains & PSV
Diploma Perguruan Bahasa Inggeris (MPR) 2005
25 Disember 1977
S.37213 (DG29)


Ustaz Mohamad Bin Solhi
Guru M/P Sivik & Pend. Agama Islam
Sijil Perguruan Asas Pengajian Islam (MPBL) 1994
25 Januari 1964
S.19510/u (DGA 32)


Puan Norlia Binti Yusup
Guru M/P Sains, Matematik, Bhs Melayu & SVK
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPR) 1986
13 Jun 1963
S.17989 (DG32)


Cik Norasmawaty Binti Haji Rakawi
Guru M/P Sains, Kajian Tempatan & Bahasa Melayu
BA Hons (Pengajian Melayu) UKM 1998
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPBL) 1994
14 Mac 1970
S.27824 (DG 41)


Puan Saodah Binti Anay
Guru M/P Bhs Melayu & PJK
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPBL) 1989
18 Julai 1968
S.20714 (DGA 32)


Puan Siti Salmiah Binti Sarudin
Guru M/P Bhs Melayu & Pend. Seni
Sijil Perguruan Asas Am (MPKTS) 1980
22 Ogos 1954
S.18385 (DGA 29)


Cik Norhamenah Binti Mohamad Ismail
Guru M/P Sains, Matematik & PSV
B.Sc. Geologi (UMS) 2001
Diploma Perguruan Sains (IPBL) 2005
25 April 1978
A-24820 (DG41)


Puan Margaret Marmaid Kalong
Guru M/P Bhs Inggeris & Pendidikan Seni
B.A Hons. Tesl (UITM) 2004
Sijil Perguruan Asas Am (MPR) 1976
16 Disember 1952
S.10247 (DG41)


Encik Tan Kiak Hong
Guru M/P Matematik
Sijil Perguruan Asas Am (MPR) 1977
11 Ogos 1953
DGA 32


Puan Malah ak Asam
Guru M/P Matematik & Muzik
Sijil Perguruan Asas Am (Maktab Perguruan Sarawak) 1981
30 Mac 1961
S.15515 (DGA 32)


Puan Siti Wahidah Abdullah
Guru M/P Bhs Inggeris, Muzik & Sains
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPBL) 1989
10 September 1966
S.23422 (DGA 32)


Puan Catherine Julian ak Ajis
Guru Pemulihan
Sijil Perguruan Asas Am (MPR) 1976
03 April 1955
S.13027 (DGA 32)


Cik Vivian Voon
Guru M/P Sains & Bahasa Inggeris
Sijil Perguruan Asas Pengajian Inggeris (MPBL) 1975
02 Februari 1955


Puan Anyah anak Bagos
Guru M/P BM, PSK & Muzik
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu/Geografi (MPS)
01 Mac 1967
P.12954
Sedang mengikuti OUM SMP Pengajian Melayu


Puan Roziah Binti Laili
Guru M/P BM, Matematik & Muzik
Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (MPS)
24 Februari 1982
S.34567


Ustaz Ishak Bin Mat Noor
Guru M/P Pendidikan Agama Islam
B.A Hons. (Usuluddin) UKM 2003
KPLI LPBS j-QAF (Pengajian Islam) IPBL 2006
13 Oktober 1979
S.38561/j-QAF (DG41)



Ustazah Wan Norhaslinda Binti Wan Ali
Guru M/P Pendidikan Agama Islam
B.A Hons. (Syariah Islamiah) Al-Azhar,Mesir 2002
KPLI LPBS j-QAF (Pengajian Islam) IPBL 2008
01 Ogos 1976
S.40905/j-QAF (DG41)


Ustazah Jawariah Binti Mustapha
Guru M/P Bahasa Arab
BA Hons (Bahasa Arab) UPM 2002
KPLI LPBS j-QAF (Pengajian Bahasa Arab) IPTAR 2008
18 Mac 1978
S.40787/j-QAF (DG41)




-Bersambung..

12 September 2008

Fizikal Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terdiri daripada 10 buah bangunan, iaitu blok pentadbiran, blok kantin, blok makmal komputer, blok bangunan A, blok bangunan B, rumah guru, blok RMT dan bilik buku teks, dan bangunan pra A dan B.

Di dalam blok pentadbiran terdapat pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, 6 buah bilik darjah dan bilik pemulihan khas. Manakala di dalam blok bangunan A terdapat bilik guru, surau sekolah, klinik pergigian sekolah, 6 buah bilik darjah, kedai amalan perdagangan dan stor sukan. Bangunan blok B pula merupakan bangunan 3 tingkat yang menempatkan sebanyak 6 buah bilik darjah, bilik PPSMI, perpustakaan, pusat sumber dan bilik bimbingan dan kaunseling.

Lokasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Stapok terletak di Jalan Batu Kawa, Kuching dan berada dalam kawasan kampung yang dinamakan Kampung Stapok. Jarak antara sekolah ini adalah sejauh 5 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Walaupun sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, suasananya indah dengan kawasan sekolah yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan pemandangan bukit bukau yang cantik. Tambahan lagi, tidak jauh dari sekolah ini terdapat satu kawasan yang dinamakan MJC (Muda Jaya Construction) yang terletak di Batu Kawa mempunyai pelbagai fasiliti yang memudahkan penduduk setempat berurusan tanpa perlu ke bandar Kuching. Semua ini menjadikan suasana sekolah yang ‘conducive’ untuk murid sekolah ini.

Lencana SK Stapok



Lencana Sekolah Kebangsaan Stapok

" Berilmu Berbakti "

Misi Dan Visi SK Stapok

MISI SEKOLAH


Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah berkualiti untuk melahirkan murid cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia



VISI SEKOLAH


Menjana SK Stapok ke arah kecemerlangan pendidikan.

Foto Staf Sokongan SK Stapok



Duduk dari kiri: Encik Umar Zakir (Juruteknik Komputer), Encik Razali (PKKK), Encik Robert Imang (PK1), Encik Mostapha (GB), Puan Hajjah Haidah (PKHEM), Puan Mariani Kalok (PT).

Berdiri dari kiri: Encik Jeffry, Puan Ayeha@Rogayah (PTR), Puan Norjijah, Puan Ganti, Puan Salmah, Encik Kalasi Sri (PRA).

11 September 2008

Foto Sekitar Kawasan SK Stapok


Pandangan Hadapan SK Stapok


Sign Board SK STapok


Kantin Sekolah


Blok A


Taman Ilham SK Stapok


Taman SK Stapok


Mercu Tanda SK Stapok


Taman Botani SK Stapok


Blok Bangunan Baru


Makmal Komputer


Rumah Guru


Pondok Pengawal SK Stapok



05 September 2008

UPSR Christian Students Prayer 2008

Pada hari ini Kelab Inter-school Christian Fellowship (ISCF) SK Stapok telah mengadakan satu program khas untuk murid-murid non-muslim tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Upacara ini disertai oleh seramai 37 orang murid non-muslim bersama dengan 17 orang guru-guru Kristian yang mana ianya diadakan di bilik darjah 6 Cemerlang bermula jam 12.00 hingga 1.30 tengahari. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Pastor Tram Epoi ( Penolong Ketua Daerah SIB Kuching ).Di akhir upacara ini diselitkan jamuan ringan selepas berlansungnya aktiviti berbentuk motivasi yang bertujuan untuk memberikan pupukan semangat suci kepada para murid non-muslim untuk berusaha dan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR pada minggu hadapan.

Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti diadakan :

Nyanyian..

Khusyuk membaca..

Dengar..

Tekun..

Gambar-gambar lain yang perlu dilihat :

04 September 2008

Dasar dan Perlaksanaan Program j-QAF

LIPATAN SEJARAH

* PROGRAM j-QAF BERASASKAN IDEA Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA.

* DICETUSKAN SEMASA LAWATAN PM KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PADA 30 DISEMBER 2003.

* IDEA INI TELAH DIPERHALUSI DI PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN.

* DILAKSANAKAN SEPENUHNYA MULAI TAHUN 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF

* PROGRAM j-QAF ADALAH SUATU USAHA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM (PI) MELALUI PENEKANAN KHUSUS DALAM PENGAJARAN JAWI, AL- QURAN, BAHASA ARAB DAN FARDU AIN YANG DILAKSANAKAN DI PERINGKAT PERSEKOLAHAN RENDAH.

* PELAKSANAAN PROGRAM INI MENGGUNAKAN KURIKULUM SERTA MODEL DAN MODULNYA YANG TERSENDIRI.

* PELAKSANAANNYA MENGGUNAKAN PERUNTUKAN JADUAL WAKTU SEDIA ADA.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

SEMUA MURID ISLAM SEKOLAH RENDAH AKAN DAPAT :

1. MENGUASAI BACAAN DAN TULISAN JAWI.

2. KHATAM AL-QURAN;

3. MENGUASAI ASAS BAHASA ARAB

4. MEMANTAPKAN DAN MENGHAYATI AMALAN FARDU

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

* MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

* MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN

* MODEL TASMIK

* MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

* MODEL BESTARI SOLAT

ATIVITI PENGUKUHAN

1. Kelab Seni Tulisan Jawi

2. Kem Bina Juara

3. Majlis Khatam al-Quran

4. Kem Literasi al-Quran dan Pertandingan Bahasa

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah atau UPSR adalah program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.


Objektif

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia[1]:

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.

Pelaksanaan

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

  • Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.
  • Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.
  • Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
  • MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.
  • CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.
  • Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.
  • Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Mula-mulanya, dasar PPSMI menghadapi bantahan khususnya dari wakil-wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pimpinan Dong Jiao Zong. Oleh itu, sebagai langkah kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.

Reaksi dan kritikan

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Reaksi dari bidang pendidikan

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh sebelas pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.

Malah, memorandum tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Laporan berkenaan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries yang dikarang oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan lagi kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi tambahnya kemungkinan keciciran bertambah.

Reaksi dari ahli politik

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyambut kepulangannya ke dalam politik negara pada April 2008, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."

Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.

Hasil keputusan peperiksaan

Sungguhpun begitu, pernah juga diwar-warkan keberkesanan PPSMI dalam keputusan peperiksaan sekolah yang memberangsangkan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.

Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mula mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain.