29 May 2009

Selamat Menyambut Gawai Dayak 2009

Photobucket

Selamat Menyambut Gawai Dayak. Gayu Guru Gerai Nyamai..

Kami warga SK Stapok mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua warga pendidik SK Stapok yang meraikan sambutan Gawai Dayak pada tahun ini. Semoga dengan sambutan perayaan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim di samping mempereratkan tradisi kunjung mengunjung antara satu sama lain.

SELAMAT MENYAMBUT GAWAI DAYAK
GAYU GURU GERAI NYAMAI
LANTANG SENANG

24 May 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Penggal 1/2009




Bermula 25hb Mei - 29hb Mei 2009 (Isnin-Jumaat) ini, akan berlansungnya peperiksaan penggal satu bagi semua murid di SK Stapok dari tahun satu hinggalah ke tahun enam. Oleh yang demikian, maka kami warga pendidik SK Stapok ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan penggal satu kepada semua murid. Semoga kejayaan akan mengiringi perjalanan anda sekalian.

" Selamat Menduduki Peperiksaan "

Gotong-Royong Perdana Peringkat SK Stapok 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 23hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu aktiviti gotong royong perdana peringkat sekolah. Aktiviti gotong royong ini telah melibatkan semua guru-guru, para murid dan juga para ibu bapa.

Aktiviti ini bermula seawal jam 07.30 pagi dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari para ibu bapa. Mereka yang hadir mengikuti aktiviti ini telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk membersihkan kawasan sekolah dan sama-sama pakat bergotong royong dalam usaha menuju persekitaran yang selesa dan bersih. Para ibu bapa telah dibahagikan kepada tugasan masing-masing. Suasana yang semacam ini diharapkan mampu mengeratkan tali silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.

Sesi makan-makan telah disediakan oleh pihak sekolah. Para guru dan ibu bapa telah dijamu dengan hidangan bubur lambok yang sangat sedap. Maka berbaloilah kerjasama ini dengan terhidangnya bubur lambok yang boleh mengenyangkan kita semua.

Aktiviti selingan turut diadakan dengan acara karaoke oleh para ibu bapa yang berminat. Rupa-rupanya ada juga bakat terpendam yang tak kita ketahui di kalangan ibu bapa yang mempunyai suara yang merdu. Hadiah bagi mereka yang menang turut disediakan.

Akhir sekali, pihak SK Stapok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong perdana ini. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan jurang antara guru dan ibu bapa sekalian.


nota sks : gambar akan di upload kelak..harap bersabar

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 22hb Mei 2009 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, SK Stapok telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam bersempena meraikan sambutan hari guru peringkat SK Stapok. Majlis ini telah diadakan di Links Restaurant Dewan Suarah, Kuching yang berlansung pada jam 07.30 malam.

Majlis makan malam ini juga dibuat untuk meraikan 2 orang guru pengganti yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan mereka di SK Stapok sehingga 29hb Mei nanti. Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Bartholomew dan Cikgu Johnstone. Mereka telah berkhidmat di SK Stapok bagi menggantikan 2 orang guru SK Stapok yang sedang mengikuti kursus di Maktab Perguruan.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlansung ialah pertandingan karaoke antara guru. Dan juara karaoke kita pada malam itu ialah tak lain dan tak bukan disandang oleh Ustaz Awang Irwandy yang menyanyikan lagu "lamunan terhenti" oleh Aris Ariwatan. Para hakim yang telah menghakimi pertandingan tersebut ialah Cikgu Saptuah, Cikgu Siti Wahidah dan Cikgu Maria.

Pelbagai kejutan telah dibuat sepanjang aktiviti bersempena sambutan hari guru kali ini. Kejutan yang dimaksudkan ialah Cikgu Pani telah mendapat hadiah kejutan dari Penolong Kanan KK kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir suaminya. Sebenarnya PK KK hendak mencari tarikh lahir guru yang lahir pada 16 Mei tetapi tiada yang lahir pada tarikh itu. Kejutan yang seterusnya ialah hadiah untuk pakaian yang paling 'vouge' gitu. Pemenangnya ialah Cikgu Anyah yang memakai baju batik ala-ala Saloma gitu. Bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Ustaz Ishak yang telah memakai baju batik..ala-ala sopan gitu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menang.

Makanan yang dihidangkan adalah secara buffet. Kesemua makanan itu sangat sedap dan agak menarik. Walaupun ianya adalah hidangan yang biasa-biasa sahaja tetapi agak sedap juga rasanya.



nota sks : gambar akan di upload kelak..harap maaf



16 May 2009

Selamat Hari Guru 2009



Sambutan Hari Guru Peringkat SK Stapok akan diadakan pada 22hb. Mei 2009.
Pelbagai aturcara telah diatur dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan sesama guru dan murid-murid. Di kesempatan ini tiada ungkapan seindah 'Syukur BuatMu Ya Allah' atas kurniaan kesejahteraan dan keharmonian kami warga pendidik dan merealisasikan anak didik kami sebagai modal insan yang masyhur dibawah pemeliharaan-Mu Ya Allah dunia & akhirat..

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA

"..Guru Pembina Negara Bangsa.."

05 May 2009

Sejarah Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai hari guru kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan.

Lagu Dan Ikrar Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Ikrar Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.





02 May 2009

Selamat Hari Pekerja 2009..



1 Mei 2009..hari pekerja sedunia..

Selamat menyambut hari buruh kepada semua pekerja-pekerja yang bekerja samada di sektor awam, swasta mahu pun yang bekerja sendiri. Kepada semua guru-guru di Malaysia..selamat bercuti semuanya..berhati-hati ketika pulang ke kampung..

" Keranamu Malaysia Maju "

29 April 2009

Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 28hb April 2009 bersamaan hari Selasa yang lalu, Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Seni Visual SK Stapok telah mengadakan hari buku dan hak cipta sedunia peringkat sekolah. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk minat murid membaca buku.

Hari buku dan hak cipta sedunia sebenarnya adalah pada 23hb April setiap tahun. Tetapi bagi peringkat sekolah SK Stapok terpaksa diadakan pada 28hb yang lalu kerana pada tarikh 23hb April telah berlansungnya pertandingan Kompang Formasi peringkat bahagian Kuching yang mana SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah.

nota admin: gambar akan di upload kelak..harap maaf..

Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 1/2009 (Peringkat Dalaman)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pada 16 dan 17hb April yang lalu, unit bimbingan kaunseling SK Stapok telah mengadakan satu program khas berupa kem kecemerlangan UPSR Fasa 1 untuk murid tahun 6. Rasional diadakan kem semacam ini adalah untuk mendedahkan murid dengan kemahiran belajar dan menjawab soalan ketika peperiksaan. Ia juga dilaksanakan untuk persediaan awal murid bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar. Para penceramah jemputan terdiri daripada guru-guru pakar dari SK Stapok sendiri untuk menyampaikan slot ceramah kepada para murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada 8hb September 2009 ini.

..Gambar-gambar yang dirakam sepanjang kem kecemerlangan UPSR..

Photobucket
para penceramah bersemangat menyampaikan ceramah mereka..

Photobucket
para murid sedang khusyuk mendengar ceramah..

Photobucket
sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada para penceramah..

Harapan pihak sekolah dengan terlaksananya program ini dapat menanamkan kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan di samping dapat mendedahkan teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan kepada murid agar realisasi sekolah akan tercapai dengan keputusan yang cemerlang..

nota admin: maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update..segala kesulitan amat dikesali..

25 April 2009

Kem Bestari Solat Tahunn 2 Siri 1/2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada hari ini bersamaan dengan hari Sabtu, unit j-QAF SK Stapok telah mengadakan kem bestari solat tahun 2 siri 1/2009. Program ini berlansung seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Penyertaan murid-murid tahun dua amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 53 orang murid lelaki dan perempuan. Seramai 9 orang fasilitator telah dilantik untuk menjalankan aktiviti sepanjang program ini termasuklah 5 orang GPI j-QAF, 2 orang GPI dan 2 orang guru KAFA.

Kem bestari solat yang dikhususkan untuk murid tahun dua ini berkisar tentang solat dan bacaan dalam solat. Penekanan yang diberikan adalah tentang bacaan-bacaan yang perlu diketahui oleh murid dalam mendirikan sembahyang yang sempurna. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti riadah pagi yang telah diketuai oleh Ustaz Ishak. Sedikit penerangan ringkas telah diberikan kepada murid-murid tentang solat di makmal komputer dan aktiviti dalam kumpulan menyusul selepas itu dengan diketuai oleh para fasi masing-masing.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya samada secara lansung atau pun tidak lansung. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian semua..Terima Kasih semua!

* gambar akan di upload kelak..

24 April 2009

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Bahagian Kuching 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua..

Pada 23hb April 2009 bersamaan dengan hari Khamis, SK Stapok telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan kompang formasi peringkat bahagian Kuching bagi tahun 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Padawan. Pertandingan ini diadakan di Dewan Rumpun Silat, Bandar Batu Kawah, Kuching.

Sebanyak 13 penyertaan dari semua sekolah seluruh Kuching yang mengambil bahagian. Antara hakim yang telah dilantik untuk mengadili pertandingan kompang ini bukan calang-calang orang. Mereka yang dimaksudkan ialah Ustaz Hazizy Haris (SMKA SHOAW) selaku ketua hakim dan hakim paluan, Tuan Haji Wahib Okali (SK Gersik) selaku hakim paluan, dan Encik Roslan Bojeng (SMK Batu Kawa) selaku Hakim Formasi. Semua keputusan adalah muktamad. Upacara perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh timbalan pegawai pelajaran daerah Padawan.

Keputusan pertandingan telah pun diketahui. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah yang telah memenangi pertandingan.

Johan : SK Semariang
Naib Johan : SK Matang Jaya
Tempat Ketiga : SK Rampangi

..gambar-gambar sekitar pertandingan paluan kompang formasi..


Photobucket
pasukan kompang sk stapok bergambar bersama para jurulatih..


Photobucket
para peserta sedang mempersembahkan persembahan masing-masing..

Photobucket
johan bahagian kuching : sk rampangi..tahniah!


Sekalung penghargaan dirakamkan dengan ucapan terima kasih kepada :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Stapok
Bahagian Teknologi Pendidikan Kuching
Persatuan Silat Sarawak
High Wealth Sdn Bhd
Syarikat Mutiara Trophy
Semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung




03 April 2009

Majlis Tadarus Al-Quran Dan Festival Nasyid Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Padawan

Tema:
Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang
&
Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang

Tarikh:
31 Mac 2009/4 Rabiul Akhir 1430 H

Hari:
Selasa

Tempat:
Sekolah Kebangsaan Matang Jaya

Dirasmikan Oleh:
YB Datuk Ir.Haji Daud Abd Rahman
(Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keputusan Akhir:

Acara Tilawah Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Thaqif Anaqi (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
N.Johan: Sharkawi Abd Rahman (SK Telaga Air)
Ketiga: Isba'ee Ismail (SK Petra Jaya)

Acara Tilawah Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nur Syahirah (SK Petra Jaya)
N.Johan: Thaqifah Aqilah (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
Ketiga: Nurul Aqilah (SK Jalan Haji Baki)

Acara Hafazan Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Bazli Bahri Bakar (SK Stapok)
N.Johan: Mohd Is'ad Ismail (SK RPR Batu Kawa)
Ketiga: Muhammad Aiman (SK Petra Jaya)

Acara Hafazan Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nor Is'mah Ismail (SK RPR Batu Kawa)
N.Johan: Nur Aina Farzana (SK Petra Jaya)
Ketiga: Aizzat Bahiah Bakar (SK Stapok)

Acara Bercerita Dari Al-Quran (Bahagian Lelaki):
Johan: Syukri Abrar Mohamad (SK Stapok)
N.Johan: Nurshahanies Azriq (SK Beradek)
Ketiga: Muhammad Aiman (SK Paya Mebi)

Acara Bercerita Dari Al-Quran (Bahagian Perempuan):
Johan: Nur Syafika (SK Sibu Laut)
N.Johan: Nur Husnina (SK Landeh)
Ketiga: Normaisurah (SK Matang Jaya)

Acara Nasyid:
Johan: Kumpulan Az-Zahra (SK Matang Jaya)
N.Johan: Kumpulan Assyifa' (SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed)
Ketiga: Kumpulan Soutun Nisa' (SK Stapok)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Photobucket
..pentas yang dihias indah..

Photobucket
..ucapan dari YB..

Photobucket
..alunan nasyid dari pasukan yang bertanding..

Photobucket

Photobucket
..Soutun Nisa' dari SK Stapok..

Photobucket
Photobucket
..acara penyampaian hadiah bagi yang menang..

Photobucket
..tahniah buat semua..

Photobucket
..tahniah anak-anak..

Photobucket
..Johan Nasyid dari SK Matang Jaya..

Photobucket
..Naib Johan Nasyid dari SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed..

Photobucket
..Tempat Ketiga Nasyid dari SK Stapok..

Photobucket
..gambar atas: Guru Besar SK Stapok menerima sijil dari YB sebagai juara keseluruhan..tahniah!

25 March 2009

Guru Sandaran..Akhirnya Muncul Juga!

Pada 23hb Mac 2009 yang lepas juga..SK Stapok akhirnya menerima kedatangan seorang guru sandaran yang menggantikan kehilangan guru agama yang telah berpindah ke semenanjung bagi tahun lepas. Terima Kasih kepada pihak PPD kerana menghantar guru agama ke sekolah kami.


Ustaz Ramli Bin Ahmad
Guru Sandaran

"..Selamat Datang Diucapkan Kepada Ustaz Ramli..Selamat Bertugas.."

Selamat Datang Kepada Semua Guru Pelatih

Pada 23hb Mac yang lalu bersamaan dengan hari Isnin, sekali lagi SK Stapok menerima seramai 3 orang kedatangan guru-guru pelatih melalui program 'ROS' bermula 23hb hingga 3hb April 2009.

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua guru pelatih ke SK STAPOK KUCHING dengan harapan semoga anda akan selesa sepanjang menjalani program di sini.


Puan Lorna Rina anak Muni
IPGM Kampus Rajang Sarawak
KPLI (SR) Pemulihan Khas


Cik Kartina Binti Morshidi
IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak
KPLI (SR) Kemahiran Hidup


Puan Munirah Binti Mat
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
KPLI (SR) Kajian Sosial

"..Selamat Datang..Welcome..Ahlan Wa Sahlan.."

Guru Pelatih Prasekolah

Pada 16 Februari yang lalu, SK Stapok telah menerima kedatangan 2 orang guru pelatih KDPM KEMAS PraSekolah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Mereka telah memulakan tempoh praktikal bermula 16 Februari sehingga 17 April 2009 di bawah bimbingan Cikgu Molly PraSekolah.


Moreen anak Girak
KDPM KEMAS PRASEKOLAH


Norlia Binti Telan
KDPM KEMAS PRASEKOLAH

"Selamat Maju Jaya"

12 March 2009

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

SK Stapok, Rabu - Pada hari ini maka berlansungnya satu majlis Maulidur Rasul anjuran panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Stapok. Majlis berlansung dengan jayanya seperti apa yang telah dirancang. Alhamdulillah..pelbagai program telah diatur sepanjang majlis berlansung. Antaranya yang menarik ialah pertandingan nasyid dan bercerita kisah Al-Quran. Tujuan diadakan pertandingan yang semacam ini adalah untuk mencari bakat terpendam di kalangan murid bagi mewakili sekolah ke majlis tadarus quran yang akan di adakan pada 31hb Mac ini bertempat di SK Matang Jaya sebagai tuan rumah untuk tahun ini.

Berikut ialah antara keputusan rasmi bagi pertandingan nasyid :

JOHAN : Kumpulan Assyifa' (Tahun 6 Terbilang)
NAIB JOHAN : Kumpulan Puteri Syurga (4 Gemilang)
TEMPAT KETIGA : Kumpulan Cahaya Puteri (5 Terbilang)

Bagi pertandingan bercerita kisah Al-Quran pula..inilah hasilnya :

JOHAN : Adik Zurin (Tahun 5 Cemerlang)
NAIB JOHAN : Adik Syukri Abrar Mohamad (5 Terbilang)
TEMPAT KETIGA : Adik Wan Syamsul Fardiee (5 Terbilang)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!

..Berikut diselitkan beberapa panorama yang menarik sepanjang majlis berlansung..


Taklimah Jemaah Hakim sebelum pertandingan dimulakan..



Para pelajar memenuhi ruangan dewan dengan penuh semangat..


Pentas yang sederhana tetapi cantik..


..gambar kumpulan nasyid yang mengambil bahagian..
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket





05 March 2009

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1/2009

Align Center

Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Penggal 1/2009
Kepada Semua Warga Anak Didik Sekolah Kebangsaan Stapok
Yang Bermula Pada 6, 10 dan 11 hb Mac Ini..