01 January 2010
Selamat Tahun Baru 2010
26 October 2009
Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2009

Bermula 26hb Oktober dan berakhir pada 29 Oktober 2009, maka bermulalah peperiksaan akhir tahun bagi semua murid tahap satu dan tahap dua di SK Stapok. Sehubungan dengan itu, kami (semua guru dan staff sokongan) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid-murid SK Stapok. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang sepertimana yang dicitakan. Usaha tangga kejayaan!
" Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempehu "
02 October 2009
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009

Pada hari ini bertarikh 2 Oktober 2009, panitia Agama Islam SK Stapok telah mengadakan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri 2009. Kemeriahan suasana hari raya dapat dirasai dalam majlis yang serba sederhana ini apabila pelbagai juadah hidangan telah tersedia untuk dinikmati bersama. Semua guru, staf sokongan dan juga murid-murid memakai pakaian raya masing-masing bersempena majlis ramah tamah ini.
Pelbagai jenis hidangan masakan telah disediakan sehingga ada yang tidak tahu yang mana satu perlu dijamah dahulu. Sangat beruntung kita hidup di bumi SK Stapok ini.
Antara acara menarik yang diadakan sepanjang majlis berlansung ialah acara makan-makan di kelas terbuka. Di samping itu, ada acara karaoke nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid yang ingin mencungkil bakat. Ada juga guru yang turut sama mengambil bahagian.
Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi dengan satu kepuasan dan senyuman di wajah semua warga SK Stapok. Diharap majlis seperti ini akan diadakan dengan lebih warna-warni lagi pada tahun hadapan dalam suasana yang lain pula, insyaallah..
..inilah antara panorama yang sempat dipotretkan di sini untuk tontonan di blog ini..


















' Selamat Hari Raya Aidilfitri SK Stapok '
08 September 2009
Selamat Maju Jaya Kepada Semua Murid Tahun 6 SK Stapok!
31 August 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Oh Malaysia..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Salam Kemerdekaan!
23 August 2009
Selamat Bercuti & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..
20 August 2009
Majlis Solat Hajat UPSR & Ceramah Umum..
18 August 2009
Berita Kematian Di SK Stapok..
04 August 2009
Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi.
Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (<>
- Wanita mengandung
- Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
- Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
- Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
- Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
- Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
- Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
- Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
- Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
- Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
- Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
- Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejalainfluenza, segera dapatkan rawatan awal
- Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
- Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
28 July 2009
Klinik Kecemerlangan UPSR Fasa 2 SK Stapok 2009
Klinik Kecemerlangan UPSR ini diadakan di Dewan SK Stapok yang telah dihadiri seramai 132 orang murid tahun 6. Para penceramah jemputan yang telah dijemput terdiri daripada :
1- Puan Monica Anthony Bagum (SK Rakyat Tupong)
2- Puan Rokiah Binti Haji Bujang (SK Merpati Jepang)
3- Encik David Kho (SK Tabuan Kuching)
4- Encik Mirhassan Bin Abdullah (SK Batu Kitang)
Sekalung penghargaan terima kasih dari pihak sekolah kepada semua para penceramah jemputan yang telah memberikan ceramah yang sangat bermakna kepada semua bakal calon UPSR.
Program ini juga telah dibantu dengan penglibatan para guru pelatih KPLI seramai 6 orang disamping kerjasama oleh semua AJK Pengelola. Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau pun tidak.
Di bawah ini adalah panorama yang sempat dirakam sepanjang program berlansung.
22 July 2009
Kem Bestari Solat Tahun 3 Siri 1/2009
p/s: paparan gambar akan di upload kelak sekira berkesempatan. Harap maaf di atas segala kesulitan ini.
















































