..semoga semua mendapat manfaat dan celik IT...
16 July 2010
12 July 2010
Kejohanan Sukan Tahunan Antara Rumah Sukan 2010
Pada 12hb Julai 2010 telah diadakan kejohanan sukan tahunan antara rumah-rumah sukan SK Stapok bagi tahun 2010. Rumah-rumah sukan terdiri dari rumah merah, rumah biru, rumah ungu, rumah oren dan rumah hijau. Secara keseluruhannya, rumah merah telah berjaya menjadi johan keseluruhan bagi tahun ini manakala rumah oren telah menjadi johan dalam katagori persembahan perbarisan terbaik.
Panorama indah sepanjang kejohanan sukan berlansung..
..Majulah Sukan Untuk Negara...
05 July 2010
Bulan Julai Bulan Membaca
Pada hari ini, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Stapok
telah melancarkan bulan julai bulan membaca.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Julai ini.
gimik yang dilakukan semasa majlis pelancaran bulan julai bulan membaca
27 June 2010
Program Larian Jogathon Di SK Stapok
Pada 27hb Jun 2010 telah diadakan program larian jogathon di SK Stapok dengan anjuran bersama oleh PIBG SK Stapok. Larian ini telah melibatkan semua orang termasuk para guru, murid-murid dan ibu bapa. Sambutan adalah sangat memberansangkan dan menarik minat mereka dan diharap program seperti ini akan diadakan di masa yang akan datang dengan lebih meriah lagi.
panorama menarik sepanjang acara berlansung..saksikan..
25 June 2010
Majlis Perpisahan Puan Nuriszarwati
Pada hari ini (Jumaat) bertempat di kelas 1 Gemilang telah diadakan satu majlis perpisahan secara sederhana buat seorang staff sokongan SK Stapok yang akan berpindah ke Pahang iaitu Puan Nuriszarwati Binti Saadon. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan hati yang gembira. Sekalung penghargaan buat beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di SK Stapok. Mohon dimaaf salah dan silap, semoga terus maju jaya di tempat baru..

..Tuai padi antara masak..
..esok jangan layu-layuan..
..intai kami antara nampak..
esok jangan rindu-rinduan..
24 June 2010
Guru Ganti Di SK Stapok..
SK Stapok telah menerima seorang guru ganti yang baru bagi menggantikan seorang guru sekolah ini yang bersalin. Beliau yang dimaksudkan ialah Nor Hazani Binti Ahmad yang berasal dari Kampung Rantau Panjang,Kuching, Sarawak. Beliau menggantikan Ustazah Wan Norhaslinda bermula dari 24hb Jun hingga 3hb September 2010 dan akan mengajar mata pelajaran pendidikan agama islam di sekolah ini.
Selamat Mengajar!
28 May 2010
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Stapok 2010
Salam 1 Malaysia Buat Semua..
Pada hari Khamis bersamaan 27hb Mei 2010 ..telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan hari guru kali ini disambut secara sederhana sahaja atas sebab-sebab yang tertentu. namun begitu, ianya nampak meriah di mata kami warga SK Stapok sebenarnya.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung melibatkan murid dan guru. Terdapat juga beberapa kejutan kepada para guru dan ini diharap segala kejutan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja guru demi mendidik anak bangsa yang begitu dahagakan ilmu. Berkhidmatlah dengan seikhlas hati...SELAMAT HARI GURU!
Berikut ialah beberapa panorama menarik yang dilensakan sepanjang aktiviti berlangsung..
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung melibatkan murid dan guru. Terdapat juga beberapa kejutan kepada para guru dan ini diharap segala kejutan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja guru demi mendidik anak bangsa yang begitu dahagakan ilmu. Berkhidmatlah dengan seikhlas hati...SELAMAT HARI GURU!
Berikut ialah beberapa panorama menarik yang dilensakan sepanjang aktiviti berlangsung..
16 May 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)











































