28 May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Stapok 2010



Salam 1 Malaysia Buat Semua..

Pada hari Khamis bersamaan 27hb Mei 2010 ..telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan hari guru kali ini disambut secara sederhana sahaja atas sebab-sebab yang tertentu. namun begitu, ianya nampak meriah di mata kami warga SK Stapok sebenarnya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung melibatkan murid dan guru. Terdapat juga beberapa kejutan kepada para guru dan ini diharap segala kejutan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja guru demi mendidik anak bangsa yang begitu dahagakan ilmu. Berkhidmatlah dengan seikhlas hati...SELAMAT HARI GURU!

Berikut ialah beberapa panorama menarik yang dilensakan sepanjang aktiviti berlangsung..









































































Selamat Bercuti Buat Semua Warga SK Stapok



Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua warga SK Stapok. Jagalah keselamatan anda sepanjang masa walau di mana saja anda berada. Semoga cuti ini memberikan seribu satu ketenangan buat anda semua..


..........happy holidays............



Selamat Hari Wesak




Pihak Sekolah mengucapkan selamat hari wesak buat semua penganut Budha..terutamanya buat warga SK Stapok yang meraikan hari wesak ini..

....happy wesak day to all of you out there.....

16 May 2010

Selamat Hari Guru..



salam satu malaysia buat semua..

bersempena tarikh 16 Mei 2010 yang jatuhnya pada hari ini ( Ahad ), pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di SK Stapok. Semoga tabah dalam mendidik anak bangsa.

..Selamat Hari Guru 2010..


..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..



08 April 2010

Tahniah Buat Semua Penerima APC 2009

Salam Satu Malaysia Buat Semua..


TAHNIAH buat 4 orang guru dari SK Stapok kerana telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Norlia, Puan Josephine Tera Jaya, Encik Tan Kiak Hong dan Encik Ishak Mat Noor.

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua penerima APC. Moga terus maju jaya menabur bakti dalam suasana yang gembira dan tenang selalu.





Puan Norlia Yusop




Puan Josephine Tera Jaya




Encik Tan Kiak Hong




Encik Ishak Mat Noor






" Tahniah & Syabas "


31 March 2010

Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid (MTAQ 2010)

Salam Satu Malaysia Buat Semua..




Pada tarikh 30hb Mac 2010 bersamaan dengan 14 Rabiul Akhir 1431H (Selasa) telah berlansungnya Majlis Tadarus Al-Quran & Pertandingan Nasyid peringkat daerah Padawan. MTAQ ini telah diadakan di SK Semenggok, Jalan Kuching/Serian, Kuching dengan tema pada tahun ini ialah 'Al-Quran Penjana Wahdatul Ummah (MTAQ) & 'Akidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang (Nasyid).

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, boleh dicuba lagi pada tahun hadapan.

Dalam MTAQ kali ini, SK Stapok mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat semua peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan ini terutamanya kepada pasukan nasyid sekolah (kumpulan soutul jannah) kerana telah berjaya mendapat naib johan. Manakala Bazli Bahri Bakar telah mendapat johan dalam pertandingan hafazan Al-Quran dan Syukri Abrar Mohamad telah mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Syabas buat semua.



Berikut ialah beberapa panorama yang sempat dilensa semasa majlis berlansung..

































"..Sekalung Tahniah Buat Semua Yang Berjaya.."