22 February 2010

Watikah Perlantikan Pengawas SK Stapok 2010

Salam Satu Malaysia Buat Semua Warga Sekolah..


Pada hari ini bersamaan dengan tarikh 22hb Februari (Isnin) telah berlansungnya acara pemberian watikah perlantikan pengawas sekolah bagi sesi 2010 di tapak perhimpunan sekolah. Seramai 40 orang pengawas telah dilantik oleh pihak sekolah dan diharap mereka ini dapat menjadi pengawas yang cemerlang dalam semua aspek.


Berikut ialah beberapa gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa kamera sekolah..











.
.
.
.
.
.
.
.
.

" Selamat Bertugas Dengan Cemerlang Buat Semua Para Pengawas SK Stapok "




19 February 2010

Kursus Dalaman Menggubal Soalan Bahasa Melayu

Salam Satu Malaysia..


Nama Program:
Kursus Dalaman Menggubal Soalan Bahasa Melayu

Tarikh:
18hb Februari 2010 ( Khamis )

Masa:
12.50 t/hari - 2.30 petang

Tempat:
Makmal Komputer SK Stapok

Anjuran:
Panitia Bahasa Melayu SK Stapok

Penceramah:
Puan Saodah Anay ( Guru BM )







..gambar menarik akan diupload kelak..insyaallah..harap bersabar..



Kursus Kepimpinan Pengawas SK Stapok 2010

Salam 1 Malaysia..


Nama Program:
Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah
Sesi 2010

Tarikh:
18hb Februari 2010 ( Khamis )

Masa:
8.00 pagi - 12 t/hari

Tempat:
Makmal Komputer SK Stapok

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Stapok
Unit Disiplin SK Stapok

Penceramah:
Encik Razali Bin Hassan ( PK HEM )
Puan Sa'adiah Binti Sulaiman ( UBK )




..Gambar-gambar Menarik Sepanjang Kursus Berlansung..















14 February 2010

Selamat Tahun Baru China & Selamat Bercuti





Bersempena dengan perayaan tahun baru china ini, dengan itu pihak sekolah ingin mengucapkan selamat tahun baru china buat guru-guru SK Stapok yang merayakan sambutan ini. Juga selamat bercuti buat semua warga SK Stapok selama lebih kurang 4 hari. Manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin..







" happy chinese new year "

12 February 2010

Majlis Pelancaran 5S Peringkat Sekolah 2010



Pada hari ini, Jumaat 12hb Februari... telah diadakan majlis pelancaran 5S peringkat sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh tuan guru besar SK Stapok sendiri iaitu Encik Mostapha Matzen bertempat di perkarangan dataran perhimpunan sekolah.

Majlis pelancaran program 5S ini berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan.

Berikut ialah beberapa panorama indah yang sempat dirakam oleh lensa kamera..



















Staff Baru Di SK Stapok



Nama: Ustaz Rifaaida Bin Haji Abdullah
Asal: Kuantan, Pahang Darul Makmur
Maktab: Maktab Perguruan Islam Bangi (1996-1999)
Major: Pendidikan Islam
Jawatan Sekarang: GPI




Nama: Ustaz Sukri Bin Muhammad
Asal: Kelantan Darul Naim
Akademik: Universiti Kebangsaan Malaysia (2001-2994)
Maktab: IPGM Kampus Sultan Mizan Besut (2006-2007)
Major: Pendidikan Islam
Jawatan Sekarang: GPI j-QAF (Pendidikan Islam)




Nama: Jassica Jay Ak Ajen
Asal: Kampung Stum Muda, Lundu
Akademik: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
Major: Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Jawatan Sekarang: Juruteknik Komputer




Nama: Nuriszarwati Sa'dun
Asal: Bentong, Pahang
Jawatan Sekarang: Pembantu Tadbir Rendah



TIADA DALAM GAMBAR

Nama: Edward Ulok Anak Buda
Asal: Kapit, Sarawak
Jawatan Sekarang: Ketua Pembantu Tadbir


Nama: Busman Bin Haji Hajimi
Asal: Asa Jaya, Kota Samarahan, Sarawak
Jawatan Sekarang: Pembantu Am Rendah

10 February 2010

Guru Pelatih KEMAS di SK Stapok




Nama Pelatih: Rufidah Binti Zainuddin
Asal: Daro Mukah, Sarawak
Maktab: IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching
Kursus: KDPM KEMAS Julai 2008
Major: Pra Sekolah



Nama Pelatih: Nur Syahida Binti Julaihi
Asal: Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak
Maktab: IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching
Kursus: KDPM KEMAS Julai 2008
Major: Pra Sekolah

~~~~~~~~~~~~~~~~


Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat berpraktikal kepada 2 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Batu Lintang yang telah melaporkan diri pada 4 Januari 2010 hingga 28 Februari 2010.



" Selamat Berpraktikal di SK Stapok "

01 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010


hari ini 1 januari bersamaan dengan hari jumaat adalah permulaan bagi tahun baru 2010. untuk itu pihak SK STAPOK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru & happy new year buat semua warga SK STAPOK dan seluruh rakyat Malaysia..

moga-moga dengan kedatangan tahun yang baru ini dapat membangkitkan semangat yang baru buat kita semua. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

buat semua murid SK STAPOK semoga dapat mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun 2010 ini dan menjadi kebanggaan semua. selamat maju jaya buat semua.

26 October 2009

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2009



Bermula 26hb Oktober dan berakhir pada 29 Oktober 2009, maka bermulalah peperiksaan akhir tahun bagi semua murid tahap satu dan tahap dua di SK Stapok. Sehubungan dengan itu, kami (semua guru dan staff sokongan) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid-murid SK Stapok. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang sepertimana yang dicitakan. Usaha tangga kejayaan!

" Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempehu "



02 October 2009

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009




Pada hari ini bertarikh 2 Oktober 2009, panitia Agama Islam SK Stapok telah mengadakan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri 2009. Kemeriahan suasana hari raya dapat dirasai dalam majlis yang serba sederhana ini apabila pelbagai juadah hidangan telah tersedia untuk dinikmati bersama. Semua guru, staf sokongan dan juga murid-murid memakai pakaian raya masing-masing bersempena majlis ramah tamah ini.

Pelbagai jenis hidangan masakan telah disediakan sehingga ada yang tidak tahu yang mana satu perlu dijamah dahulu. Sangat beruntung kita hidup di bumi SK Stapok ini.

Antara acara menarik yang diadakan sepanjang majlis berlansung ialah acara makan-makan di kelas terbuka. Di samping itu, ada acara karaoke nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid yang ingin mencungkil bakat. Ada juga guru yang turut sama mengambil bahagian.

Majlis berakhir pada jam 11.45 pagi dengan satu kepuasan dan senyuman di wajah semua warga SK Stapok. Diharap majlis seperti ini akan diadakan dengan lebih warna-warni lagi pada tahun hadapan dalam suasana yang lain pula, insyaallah..

..inilah antara panorama yang sempat dipotretkan di sini untuk tontonan di blog ini..






































' Selamat Hari Raya Aidilfitri SK Stapok '

Selamat Hari Raya 2009



Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas dari warga SK Stapok buat semua umat Islam di seluruh dunia..

Salam Lebaran Buat Semua..

08 September 2009

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Murid Tahun 6 SK Stapok!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini berlansungnya peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun enam di seluruh negeri sehingga Khamis ini. Pihak SK Stapok ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6 SK Stapok.

" Semoga Kejayaan Bakal Dikecapi Demi 5A "


31 August 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Oh Malaysia..




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bersempena hari kemerdekaan negara yang ke 52 ini, maka kami dari SK STAPOK ingin mengucapkan salam kemerdekaan ini kepada semua warga SK Stapok dan kepada seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada. Semoga kemerdekaan ini memberikan seribu erti buat kita semua. Hargailah kemerdekaan dan keamanan yang telah dikecapi ini dengan perpaduan yang utuh demi Malaysia yang tercinta.

" 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "

Salam Kemerdekaan!

23 August 2009

Selamat Bercuti & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..

Puasa Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bersempena bulan yang mulia ini, pihak SK Stapok ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua warga SK Stapok yang beragama Islam. Semoga puasa kali ini memberikan seribu makna buat kita semua.

Selamat Berpuasa!

Selamat bercuti juga buat semua warga sekolah yang sedang bercuti sempena cuti penggal persekolahan selama seminggu ini. Sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa 1hb Sepetember 2009.

Selamat Bercuti!

20 August 2009

Majlis Solat Hajat UPSR & Ceramah Umum..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini telah berlansungnya majlis solat hajat UPSR dan ceramah umum di SK Stapok. Majlis solat hajat UPSR telah diadakan di surau Kampung Stapok. Terima kasih kepada para ibu bapa yang turut hadir bagi sama-sama menunaikan solat hajat untuk mendapatkan keberkatan dan memohon kejayaan untuk anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR tak lama lagi.

Aktiviti seterusnya ialah sesi ceramah umum. ceramah ini telah disampaikan oleh encik Jais Sohok dari SMK Batu Kawa. pelbagai tips telah diberi oleh beliau kepada semua murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.
















nota skstapok: gambar akan di upload kelak..harap bersabar!

18 August 2009

Berita Kematian Di SK Stapok..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pada 17hb Ogos 2009 bersamaan hari Isnin, seluruh warga SK Stapok telah dikejutkan dengan kematian seorang murid lelaki tahun 3 kerana komplikasi H1N1, paru-paru berair dan kegagalan buah pinggang.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham MOHD FITRI BIN JAILANI. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh..