SK Stapok, Rabu - Pada hari ini maka berlansungnya satu majlis Maulidur Rasul anjuran panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Stapok. Majlis berlansung dengan jayanya seperti apa yang telah dirancang. Alhamdulillah..pelbagai program telah diatur sepanjang majlis berlansung. Antaranya yang menarik ialah pertandingan nasyid dan bercerita kisah Al-Quran. Tujuan diadakan pertandingan yang semacam ini adalah untuk mencari bakat terpendam di kalangan murid bagi mewakili sekolah ke majlis tadarus quran yang akan di adakan pada 31hb Mac ini bertempat di SK Matang Jaya sebagai tuan rumah untuk tahun ini.
Berikut ialah antara keputusan rasmi bagi pertandingan nasyid :
JOHAN : Kumpulan Assyifa' (Tahun 6 Terbilang) NAIB JOHAN : Kumpulan Puteri Syurga (4 Gemilang) TEMPAT KETIGA : Kumpulan Cahaya Puteri (5 Terbilang)
Bagi pertandingan bercerita kisah Al-Quran pula..inilah hasilnya :
JOHAN : Adik Zurin (Tahun 5 Cemerlang) NAIB JOHAN : Adik Syukri Abrar Mohamad (5 Terbilang) TEMPAT KETIGA : Adik Wan Syamsul Fardiee (5 Terbilang)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!
..Berikut diselitkan beberapa panorama yang menarik sepanjang majlis berlansung..
Taklimah Jemaah Hakim sebelum pertandingan dimulakan..
Para pelajar memenuhi ruangan dewan dengan penuh semangat..
Pentas yang sederhana tetapi cantik..
..gambar kumpulan nasyid yang mengambil bahagian..
Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Penggal 1/2009 Kepada Semua Warga Anak Didik Sekolah Kebangsaan Stapok Yang Bermula Pada 6, 10 dan 11 hb Mac Ini..
Pada hari ini (Rabu) telah berlansungnya aktiviti kokurikulum bagi kelab dan persatuan. Ini merupakan perjumpaan pertama kelab dan persatuan bagi membincangkan perlantikan AJK yang baru bagi sesi 2009 beserta perancangan aktiviti untuk sepanjang tahun ini.
Aktiviti perjumpaan antara guru penasihat dan murid-murid ini bermula seawal jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 2 petang. Kehadiran murid amat menggalakkan.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlansung akan dimuat turun selepas ini dan diminta semua bersabar..Harap maaf untuk segala kesulitan ini..
Dengan rasa perihatin dan bangganya.. Kami semua warga SK STAPOK ingin mengucapkan.. "Selamat Hari Lahir" kepada Puan Roziah Binti Laili pada hari ini.. dengan harapan.. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki Semoga anda lebih maju dalam perkhidmatan Keguruan
Pada 21.02.2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, satu program yang dinamakan KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU telah diadakan di bawah unit j-QAF dan Panitia Agama Islam. Seramai 65 orang murid tahun satu yang beragama Islam telah menghadirkan diri. Program ini bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Pelbagai program telah diadakan sepanjang kem berlansung yang mana para murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dikawal selia sepenuhnya oleh fasilitator masing-masing. Para fasilitator adalah seramai 5 orang guru GPI j-QAF dan 2 orang guru KAFA. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.
..Antara gambar kenangan sepanjang program berlansung..
Semua warga SK Stapok mendoakan agar Cikgu Siti Wahidah Abdullah segera sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti dahulu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat anda.
Doa ketika menziarahi orang sakit.
لاَ بَأسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللهُ
Maksudnya: “Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, Insya Allah” (Riwayat al-Bukhari dari hadis Ibnu Abbas)
Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (Tujuh kali). 'Tiada seorang Muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu’. (Riwayat At-Tirmizi & Abu Daud)
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud : “Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)
SK Stapok, Sabtu - Bermula 15hb November sehingga 4 Januari 2009 maka bermulalah cuti akhir tahun bagi sesi pengajian 2008. Sekolah akan dibuka semula pada 5hb Januari 2009. Sehubungan dengan itu, kami pihak pentadbiran SK STAPOK ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Stapok. Sehingga kita berjumpa lagi pada 3hb Januari 2009 bagi sesi pendaftaran 2009. Sekian, harap maklum..
Sk Stapok, Khamis - Pada hari ini sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa keputusan peperiksaan UPSR 2008 telah diumumkan secara rasminya. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah, SK Stapok masih lagi unggul dalam mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai peratusan yang agak memberansangkan. Seramai 3 orang murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang iaiti 5A. Mereka ialah adik Abdul Zharfan (6T), adik Nurul Natasha (6T) dan adik Mohd Azida Sahira (6T). Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.
SK Stapok, 11hb November - Pada hari Selasa yang lalu telah diadakan majlis perarakan sempena persaraan Penolong Kanan 1 SK Stapok iaitu Encik Robert Imang dengan meriah sekali. Turut diraikan juga guru-guru yang akan berpindah ke tempat baru seperti Ustazah Suzana yang akan berpindah ke Perak. Juga tak dilupakan PKHEM Puan Hajjah Haidah yang akan bertukar ke Sabah. Nampaknya SK Stapok bakal kehilangan 3 orang guru yang amat berharga.
Apa pun, kami warga SK Stapok ingin mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu Robert, Puan Hajjah Haidah, Ustazah Suzana juga Ustaz Abdul Hisan. Kenangan bersama kalian akan kami memorikan dalam kenangan yang teramat manis..
SK Stapok, 5hb November - Badan pengawas SK Stapok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat seperti di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Kuching dan lain-lain lagi. Antara guru yang mengiringi lawatan tersebut Puan Hajjah Haidah (PKHEM), Cikgu Saptuyah, Ustaz Ishak dan lain-lain. Antara objek lawatan ini diadakan agar dapat membina hubungan tali silaturahim antara sekolah yang dilawati disamping menimba ilmu dan mengaut pengalaman sepanjang lawatan.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlansung..
..Gelagat @ Sekolah Seni Kuching..
...Lawatan Pengawas @ Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah..
Sk Stapok, 5hb November 2008 - Pada hari Rabu bersamaan 5 November yang lalu telah diadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid tahun 6 ke beberapa tempat yang telah dirancang bersempena aktiviti selepas UPSR. Antara guru yang mengiringi sepanjang lawatan tersebut termasuklah PKKK, PK HEM, Cikgu Hairee, Ustaz Ishak, Ustazah Suzana, Cikgu Norasmawaty, Cikgu Vivian, Ustaz Abdul Hisan dan lain-lain.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam di Kem Tentera..
{Sila klik pada gambar untuk besarkan}
..gambar lawatan di Rumah Sri Kenangan..
+ Semoga lawatan ini akan memberikan manfaat kepada semua +
PUTRAJAYA 7 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan
1)Mengkaji dan memperkemas peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada.
2)Mengadakan mekanisme supaya penguatkuasaan peraturan dibuat dengan lebih berkesan dan saksama.
3)Mengawal dan meningkatkan mutu disiplin.
4)Supaya murid-murid dan ibu bapa mengetahui dan memahami peraturan sekolah.
5)Melahirkan murid yang berdisiplin, berdikari dan bertatasusila.
MISI
MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR
SEKOLAH BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN
MURID CEMERLANG DARI SEGI
KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
SERTA
BERAKHLAK MULIA.
VISI
MENJANA SEKOLAH KEBANGSAAN STAPOK
KE ARAH
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2012.
PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN
1.1
HARI
MASA
Isnin hingga Selasa
Tahun 1,2,3,,6
Tahun 4,5
7.00 pagi— 12.45 tgh
7.00 pagi— 1.15 ptg
Rabu hingga Khamis
Tahun 1,2,3
Tahun 4,5,6
7.00 pagi— 12.15 tgh
7.00 pagi— 12.45 tgh
Jumaat
7.00 pagi— 11.45 pagi
1.2 Loceng Pertama
Ia akan dibunyikan pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki menjalankan tugasan harian.
1.3 Loceng Kedua
Ia dibunyikan lagi pada pukul 7:20 pagi setelah murid-murid menjalankan tugasan harian mereka. Murid-murid dikehendaki masuk ke kelas masing-masing.
1.4 Loceng Rehat
Waktu rehat adalah selama 25 minit. Bermula pada pukul 9:50 dan berakhir pada 10:15 pagi.
1.5 Waktu Balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan diawasi oleh guru / pengawas.
PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN (ISNIN)
2.1Semua murid diwajib hadir
2.2Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing
2.3Semasa perhimpunan, murid-murid wajib menyanyilagu Kebangsaan dan lagu negeri dengan penuh semangat sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa perhimpunan.
2.4Semasa Guru Besar atau guru-guru yang bertugas berucap, murid-murid harus mengambil perhatian sepenuhnya.
2.5Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6Setelah perhimpunan selesai, semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.
PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.
3.1 Pakaian Murid Lelaki
3.1.1Seluar
Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua (navy blue).
3.1.2 Tali Pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½inci atau 3.75 cm. warna tali pinggang sama ada hitam atau biru.
3.1.3 Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek/panjang. Murid-murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu berwarna putih dan bersamping biru tua dan bersongkok hitam pada hari Jumaat.
3.1.4 Kasut dan Stoking
Kasut bagi murid-murid sekolah Rendah adalah ‘kanvas’ berwarna putih. Stoking juga hendaklah berwarna putih.
3.1.5 Rambut dan Kuku
3.1.5.1Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya kelihatan kemas dan pendek.
3.1.5.2Rambut tidak boleh diwarnakan.
3.1.5.3Tidak boleh menggunakan gel dan berfesyen keterlaluan.
Istilah pendek ialah:
Di belakang: rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
Di depan: rambut tidak menutup garis tengah dahi.
Di sebelah: rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis tengah hidung.
Di atas: rambut tidak melebihi 5 cm.
3.1.6 Barangan kemas
Tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, cincin, dan lain-lain.
3.2 Pakaian Murid Perempuan
3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore tunic’ berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya ke lutut.
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh pihak ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan boleh juga dibenarkan memakai tudung mini telekung dengan syarat, tudung itu berbentuk segi 2 sama dan berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.
3.2.4 Rambut/Kuku/Riben
3.2.5.1Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
3.2.5.2Rambut tidak boleh mencecah bahu.
3.2.5.3Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang dengan menggunakan riben hitam atau biru.
3.2.5.4Murid dilarang mewarna dan mengikal rambut.
3.2.5.5Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku atau sebagainya.
3.2.5 Alat-alat Solek
Murid-murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ / solekan walaupun nipis.
3.2.6 Barangan Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barangan kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lain-lain.
3.3 Pakaian Seragam Pengawas
3.3.1 Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua, kemeja, ‘vest’ dan bertali leher.
3.3.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan/baju kurung, vest dan bertudung.
3.4Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani
3.4.1Semua murid diwajibkan memakai “T-Shirt” sekolah dan
digalakkan memakai seluar panjang (track bottom/seluar sukan pendek).
PERKARA 4 : KEDATANGAN
4.1Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya.
4.2Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada ibubapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.
4.3Ibubapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.
4.4Dalam waktu persekolahan murid tidak dibenarkan keluar darikawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan/Guru Bertugas.
4.5Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibubapa/penjaga, diwajibkan menulis di dalam buku kebenaran keluar sekolah yang terdapat di Pejabat Am.
PERKARA 5 : KEDATANGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
5.1Murid-murid diwajibkan hadir untuk semua aktiviti luar bilik darjah.
5.2Aktiviti-aktiviti luar bilik darjah ialah :
5.2.1Kokurikulum
Setiap Rabu dari jam 3.00 hingga 4.00 petang
5.2.2Skim Baucer Tuisyen
Setiap hari Rabu dan Khamis dari jam 1.00 hingga 3.00
5.2.3Kelas Tasmiq
Setiap hari Isnin, Selasa,Rabu dan Khamis
5.2.4Kelas KAFA
Setiap hari Isnin dan Selasa
5.2.5Kelas Tambahan
PERKARA 6 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
6.1Bilik Darjah
6.1.1Tanggungjawab seseorang murid menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
6.1.2Guru Kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas harian.
6.1.3 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi meja mesti disusun dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup suisnya.
6.2Kawasan Sekolah
6.2.1Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
6.2.2Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
6.2.3Murid dilarang menconteng dinding bangunan sekolah dengan sebarang bahan.
6.2.4Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
6.3Tandas Sekolah
6.3.1Semua murid mesti menggunakan tandas dengan baik, menjaga kebersihan tandas dan dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.
6.3.2Semua murid juga dilarang menconteng dinding tandas dengan apa jua alat/bahan.
6.3.3Semua murid hendaklah menutup paip selepas menggunakannya.
6.4Harta Benda Sekolah
6.4.1Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk menjaga harta benda sekolah yang terdapat di dalam kelas, tandas, kantin, pusat sumber, makmaldan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.
6.4.2Jika ada kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru/pentadbir sekolah.
6.4.3Murid hendaklah menggantikan harta benda sekolah yang rosak yang dilakukan oleh murid sendiri.
6.4.4Semua harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah dikembalikan/diletakkan ke tempat asal dalam keadaan baik.
PERKARA7 : KANTIN SEKOLAH
7.1Semua murid diwajibkan berbaris semasa hendak membeli makanan atau minuman.
7.2Bekas makanan/minuman kepunyaan pihak kantin hendaklah dikembalikan selepas menggunakannya.
7.3Semua murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.
7.4Semua murid tidak dibenarkan membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
PERKARA8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1Semua murid wajib mengenali semua guru dan juga kakitangan sekolah.
8.2Semua murid wajib menghormati guru, kakitangan sekolah, pelawat dan juga sesama pelajar.
8.3Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan bagi yang bukan Islam hendaklah mengucapkan selamat sejahtera.
8.4Semua murid hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan juga menjaga nama baik sekolah.
8.5Semua murid mesti menjaga tutur kata dan berbudi bahasa yang baik kepada sesiapa sahaja.
PERKARA9 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )
9.1Semua murid dikehendaki menjaga buku teks dengan baik.
9.2Buku teks hendaklah dibalut. Murid dilarang menconteng buku teks.
9.3Semua buku pinjaman hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik:
8.2.1pada akhir tahun
8.2.2apabila berhenti sekolah
8.2.3apabila diarahkan oleh pihak sekolah.
9.4Murid bertanggungjawab mengganti buku teks yang hilang atau rosak.
9.5Segala peraturan tentang buku teks hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya oleh setiap murid.
PERKARA10 : PEPERIKSAAN DAN UJIAN
10.1Ujian dan peperiksaan formal sekolah adalah penting bagi semua murid dan mesti diberi keutamaan.
10.2Semua markah ujian dan peperiksaan direkod.
10.3Ini untuk mengenalpasti strategi-strategi untuk mempertingkatkannya
10.4Buku PKBS akan diserahkan kepada semua murid selepas peperiksaan. Setiap murid dikehendaki menyerahkan buku tersebut kepada ibubapa/penjaga untuk ditandatangani dan mengembalikan kepada Guru Kelas masing-masing untuk disimpan dan rujukan di sekolah.
10.5Sijil Berhenti Sekolah hanya akan diberi kepada murid yang berhenti dari meneruskan pelajarannya atau hendak berpin-dah ke sekolah lain.
PERKARA11 :KERJA SEKOLAH/RUMAH
11.1Semua arahan guru mengenai kerja sekolah/rumah perlu dipatuhi.
11.2Murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau rumah dianggap telah melanggar peraturan sekolah.
11.3Prestasi kendiri murid merupakan tanggungjawab semua murid. Semua murid harus membina keyakinan diri dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi diri dalam bidang akademik.
PERKARA12:PERPUSTAKAAN SEKOLAH
12.1Murid tidak dibenarkan membuat bising, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.
12.2Semua murid dikehendaki mengikut arahan yang ditetapkan di dalam perpustakaan.
12.3Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang telah ditetapkan.
12.4Susun buku dengan teratur, tutup suis kipas dan pastikan alat-alat yang digunakan disusun dengan kemas.
12.5Semua murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan sekolah.
PERKARA13:ELETRIK DAN AIR
13.1Semua murid diingatkan bahawa bermain atau merosakkan sistem pendawaian elektrik seperti soket, suis dan wayar adalah berbahaya.
13.2Semua suis dan kipas angin mesti ditutup selepas digunakan atau apabila keadaan tidak memerlukan lagi.
13.3Semua paip mesti ditutup sebaik sahaja selepas digunakan atau selepas dibuka.
PERKARA14:PELAWAT-PELAWAT ATAU ORANG LUAR
14.1Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan menunggu di kaki lima atau masuk ke dalam kelas. Jika hendak berjumpa dengan murid mestilah mendapat kebenaran guru.
14.2Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa kenderaan mereka masuk ke dalam kawasan sekolah.
PERKARA15:SENARAI SALAH LAKU
15.1KESALAHAN RINGAN
15.1.1Mengotorkan kawasan sekolah.
15.1.2Membuang sampah merata-rata.
15.1.3Pakaian seragam tidak lengkap dan kemas.
15.1.4Rambut panjang dan tidak kemas.
15.1.5Tidak membuat kerja rumah.
15.1.6Tidak membawa buku/peralatan yang diperlukan ke sekolah.
15.1.7Membuat bising.
15.1.8Tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
15.1.9Ponteng sewaktu kegiatan sekolah.
15.1.10Tidak mengikut arahan.
15.1.11Tidak menjalankan tugas.
15.1.12Melawan pengawas.
15.1.13Tidak hadir perhimpunan.
15.1.14Ponteng kelas.
15.1.15Ponteng sekolah.
15.2KESALAHAN BERAT
15.2.1Menyalahgunaknan dadah
15.2.2Mencuri.
15.2.3Melawan guru
15.2.4Bergaduh / berkelahi
15.2.5Membawa senjata tajam.
15.2.6Membawa rokok / merokok.
15.2.7Conteng buku/dinding/lantai.
15.2.8Terlibat dalam permainan judi.
15.2.9Mengancam orang lain.
15.2.10Merosakkan harta benda sekolah.
15.2.11Tidak menghormati Lagu .Kebangsaan
15.2.12Peras Ugut
15.2.13Berdua-duaan (“dating”).
15.2.14Melakukan perkara-perkara yang boleh memberhayakan diri.