20 October 2008

Foto Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2008

FOTO PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK :

Peringkat separuh akhir :





Peringkat akhir :












FOTO PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA :





FOTO PERTANDINGAN SAJAK BAHASA INGGERIS & BAHASA MALAYSIA :









FOTO PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM TAHAP SATU








FOTO PERTANDINGAN SAJAK ANTARA GURU

..bila guru mula bersajak, macam-macam gaya ada..saksikanlaa..


































14 October 2008

Laporan Pelaksanaan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 28/08/2008 ( Khamis ), bertempat di dewan S.k Stapok seawal 7.30 pagi .

Segala aktiviti program yang telah dirancangkan telah berlangsung dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama semua pihak. Terdapat pertandingan yang berlangsung sebelum hari kemuncak perayaan seperti pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan bendera. Begitu juga dengan pertandingan perhiasan kelas.

Semua proses saringan bagi pertandingan lagu patriotik, deklamasi sajak BM dan BI kecuali sajak guru telah dijalankan terdahulu oleh pihak panitia pertandingan masing-masing .

Susun atur program telah dirancang sebegitu rupa untuk memudahkan ajk, murid, dan guru membuat persiapan masing-masing.

Sambutan perayaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan atau perkara-perkara buruk yang tidak diingini. Majlis berakhir seperti yang dirancang dan semua pihak berpuas hati dengan perjalanan program. Semoga semangat kerjasama dan patriotis ini akan terus membara disanubari semua warga Stapok selepas ini.





08 October 2008

PLKN untuk murid tahun enam



UJIAN Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru sahaja melabuhkan tirainya. Kebiasaannya pihak sekolah dan guru menyediakan pelbagai program dan aktiviti sama ada yang berbentuk akademik atau sebaliknya untuk mengisi jadual waktu persekolahan.

Ada guru yang mula mendedahkan murid dengan sukatan pelajaran sekolah menengah. Ada yang mengadakan bengkel dan ceramah. Tidak kurang juga yang membenarkan murid ke pusat sumber sekolah membuat kerja sendiri. Sesetengahnya mengadakan pertandingan catur atau sukan lain. Ramai juga guru yang mengadakan kelas pemulihan khas untuk murid bermasalah pembelajaran.

Pendek kata, pengisian jadual waktu selepas tamat UPSR berbeza mengikut sekolah dan tahap kepintaran murid. Pokoknya jadual waktu terisi dan murid tidak terbiar.

Namun begitu hasrat murni ini tidak begitu berjaya mencapai matlamatnya kerana dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan murid sudah tidak ada hati untuk ke sekolah apatah lagi untuk belajar sebaik sahaja tamat UPSR.

Majoriti hadir atas dasar keterpaksaan - kosong tanpa jiwa dan sekadar untuk mengisi masa senggang semata-mata. Segelintir lagi khususnya pelajar kategori lemah akademik pula "bercuti" awal dengan menghabiskan masa menonton televisyen, bermain playstation atau melepak di kafe siber.

Sebagai alternatif, Kementerian Pelajaran mungkin boleh mengadakan satu program khusus yang seragam ala Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai acara wajib kepada semua murid tahun enam yang telah menduduki UPSR sementara menanti cuti persekolahan akhir tahun.

Program ini pastinya menarik minat murid kerana ia diadakan di luar persekitaran sekolah dan tidak terikat dengan buku atau pensil. Tambahan pula mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti flying fox, absailing dan berkayak.

Peluang ini membolehkan mereka meneroka idea baru dan membuat anjakan paradigma dalam suasana di luar bilik darjah. Paling utama program ini mampu membuka mata dan menambah pengetahuan serta pengalaman murid berkenaan.

Sungguhpun begitu, modul pengisian program tidak perlu terlalu berat seperti PLKN sedia ada yang melibatkan penggunaan senapang dan peluru hidup. Memadai dengan beberapa perkara yang sesuai dengan usia muda mereka seperti ikhtiar hidup, motivasi, berkawad, rawatan kecemasan dan modul kenegaraan.

Tempoh program juga tidak perlu terlalu lama atau terlalu singkat. Sebulan merupakan tempoh yang ideal untuk mereka berdikari dan menjadi `dewasa`. Ia juga bagi memberi masa yang mencukupi kepada mereka selepas tamat program untuk membuat persediaan memasuki tingkatan satu dan berkhatan bagi yang belum.

Program ini juga menjadi satu latihan persediaan kepada murid-murid yang bakal tinggal di asrama tidak kira di sekolah berasrama penuh atau di asrama harian.

Mini PLKN ini boleh diadakan mengikut daerah, zon atau negeri tertakluk kepada kesediaan dan keupayaan kem-kem yang ada.

Bagaimanapun, faktor keselamatan dan pemilihan jurulatih perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes cabul, buli dan pergaduhan.

Aspek kesihatan khususnya yang melibatkan bekalan makanan dan air bersih juga tidak boleh diabaikan demi memastikan peserta program bebas daripada wabak penyakit berjangkit dan masalah keracunan makanan.

Hanya dengan jaminan itu, ibu bapa atau penjaga akan berasa yakin untuk melepaskan 'anak kecil' mereka menyertai program ala PLKN tersebut.

22 September 2008

Laporan Kelab Bola Jaring 2008

JAWATANKUASA KELAB BOLA JARING

Guru Penasihat:
  • Puan Dolly Patrick Siggart
  • Puan Siti Wahidah Abdullah
Pengerusi :
Nur Hidayah Ho

Naib Pengerusi :
Dayang Nur Jannah

Setiausaha :
Sharlene Chendu

Naib Setiausaha :
Dayangku Aisyah

Bendahari :
Nurul Umi Baizurah

AJK Kecil :
  1. Nurhalida Abdullah
  2. Munirah Nazirah
  3. Fatin Faqariah
*AKTIVITI YANG DIJALANKAN*

Pada tahun ini, telah diadakan pertandingan bola jaring antara kelompok di SK Chung Hua Batu 10 pada 30 Januari 2008. Seramai 10 orang peserta telah dipilih untuk mewakili sekolah kita dalam pertandingan tersebut. Dukacitanya SK Stapok tidak dapat mesuk ke peringkat akhir. Walaubagaimanapun, dua orang murid iaitu Telvie dan Suria dari sekolah kita telah dipilih untuk menyertai latihan intensif peringkat pertama.

Disediakan Oleh :

SHARLENE CHENDU
Setiausaha Kelab Bola Jaring
Sekolah Kebangsaan Stapok

Laporan Kelab SPBT 2008

JAWATANKUASA KELAB SPBT

Guru Penasihat:
  • Puan Saptuah Nen
  • Cik Norasmawaty Haji Rakawi
Pengerusi:
Khairunnisa

Naib Pengerusi:
Leo Maurice

Setiausaha:
Munirah Nazirah

Naib Setiausaha:
Nurhijrah

Bendahari:
Nur Syahirah

AJK Kecil:
  1. Nurul Farhanah
  2. Halimahton Syahirah
  3. Nur Shahmina
  4. Tehie
  5. Ivy Lyana
  6. Sri Artika
  7. Nur Syafiqah
  8. Ammirul Aiman
*AKTIVITI YANG DIJALANKAN*

Kelab SPBT mempunyai kira-kira 44 orang ahli. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab ini ialah:
  1. Melukis sudut-sudut dalam bilik "BOSS"
  2. Mengenal pasti tugas-tugas setiap ahli
  3. Melabel buku-buku teks mengikut tahun dan tajuk yang betul
  4. Membalut atau membaik pulih buku-buku yang rosak
  5. Pertandingan melukis poster yang bertajuk "Bilik Operasi SPBT SEKOLAH (BOSS)"
  6. Memproses buku-buku teks dan buku-buku latihan yang baru
  7. Membantu guru dalam penerimaan dan pemulangan buku teks
Semua aktiviti ini dijalankan sepanjang tahun 2008.

Disediakan Oleh :

MUNIRAH NAZIRAH
Setiausaha Kelab SPBT
Sekolah Kebangsaan Stapok

Plan Induk Pembangunan Pendidikan


Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangun Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profession Perguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Carta Organisasi Kokurikulum SK STAPOK

PENGERUSI:
Encik Mostapha Matzen (Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI:
Encik Razali Hassan (Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM:
Puan Jane Rambuyan

*PENYELARAS PASUKAN UNIT BERUNIFORM*
Puan Hayati Madawood

1) PENGAKAP
  • Puan Anyah ak Bagos (Ketua)
  • Puan Siti Salmiah Sarudin
  • Puan Saodah Anay
  • Encik Tan Kiak Hong
2) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)
  • Puan Hayati Madawood (Ketua)
  • Puan Norlia Yusuf
  • Puan Molly ak Lingger
*PENYELARAS PERSATUAN/KELAB*
Puan Josephine Tera Jaya

1) KEWANGAN PELAJAR SEKOLAH
  • Puan Faishah Haji Biyi (Ketua)
  • Puan Josephine Tera Jaya
2) BAHASA INGGERIS
  • Cik Vivian Voon Oi Fui (Ketua)
  • Puan Catherine Julian Ajis
3) AGAMA ISLAM
  • Ustazah Suzana Yaacob
4) ISCF
  • Puan Margaret Marmaid Kalong (Ketua)
  • Puan Lucilia Tiong Ai Ho
5) PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
  • Puan Sa'adiah Sulaiman (Ketua)
  • Puan Charanjit Kaur Khaira
6) KEBUDAYAAN
  • Puan Julian Akui (Ketua)
  • Puan Jane Rambuyan
7) PUSAT SUMBER SEKOLAH/PERPUSTAKAAN
  • Puan Malah ak Asam (Ketua)
  • Puan Elizabeth Riah
8) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
  • Puan Saptuah Nen (Ketua)
  • Cik Norasmawaty Haji Rakawi
*PENYELARAS SUKAN/PERMAINAN*
Ustaz Mohamad Bin Solhi

1) BOLA SEPAK/FUTSAL
  • Ustaz Mohamad Solhi (Ketua)
2) OLAHRAGA
  • Encik Hairee Mohamad (Ketua)
  • Ustazah Siti Sofea
3) BOLA JARING
  • Puan Dolly Patrick Siggart (Ketua)
  • Puan Siti Wahidah Abdullah
4) BOLA TAMPAR
  • Puan Everlyn ak Dillem (Ketua)
  • Puan Jurita Junaidi
5) BOLA BALING/RAGHBI RIMAU
  • Ustaz Abdul Hisan Mohamad (Ketua)
  • Ustaz Ishak Mat Noor
*SETIAUSAHA SUKAN*
Encik Hairee Bin Mohamad

*PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN*
Ustaz Mohamad Bin Solhi

Lagu Sekolah

WAWASAN SK STAPOK

SK Stapok nama diberi
Kami berbakti setiap hari
Gurunya berwawasan tinggi
Mesti tercapai segala visi

Sekolah punya matlamat diri
Melahir insan bermotivasi
Kesejahteraan diri sendiri
Sentosa hidup di duniawi

Daya kepimpinan keyakinan
Demi meluas pengetahuan
Dalam mengejar kejayaan
Semoga senang di hari depan

SK Stapok punya wawasan
Guru dan murid main peranan
Sekolah kita maju ke depan
Tercapai wawasan pendidikan

Bijak sifir mahir bahasa
Semua ini membantu kita
Kita lulus dengan jayanya
Semua gembira hatipun suka

La-la-la-la-la-la
Mari kita mari semua
Pegang teguh segala cita
Ini wawasan sekolah kita
Ini wawasan sekolah kita

Ikrar Sekolah


MAKA KAMI,

Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

20 September 2008

Profil Sekolah Kebangsaan Stapok

PROFIL SEKOLAH:

No.Pendaftaran Sekolah: YBE 1321
Jenis Sekolah: SK
Gred: A
Sesi: Pagi Sahaja
Jenis Bantuan: Sekolah Kerajaan
Status: Beroperasi
Lokasi Pendaftaran: Luar Bandar
Lokasi Semasa: Luar Bandar
Nombor PTJ: 60L801
Status Bangunan: Bangunan Sendiri
Peringkat Sekolah: Pra-sekolah Dan Rendah
Jenis Murid: Lelaki dan Perempuan
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Tarikh Tubuh: 01/01/1967
Bil.Optimum Pelajar: 630
Keluasan Sekolah: 3 ekar 1.214 hektar
Kantin Sekolah: Tetap dan Berdapur
Luas Ruang Makan Kantin: 576 kps
Bilangan Bilik Darjah: 18
Bilangan Kelas: 20
Bilangan Guru: 42
Bilangan Bukan Guru: 5
Bilangan Murid: 809
Kuaters Guru: Ada kuaters Guru/Staff
Bilangan Kuaters Guru: 2

ALAMAT SEKOLAH:

Alamat Tetap:
Jalan Batu Kawa, 93250, Kuching, Sarawak

No Telefon: 6082681233 Faxs: 6082681233

Alamat Surat Menyurat:
D/A PPDK Padawan, Lorong 17, OFF Jalan Kapor,
93150, Kuching, Sarawak

Emel: skstapok@yahoo.com.my
Laman Web: http://skstapok.blogspot.com

KEDUDUKAN SEKOLAH:

Jabatan Pelajaran Negeri: SARAWAK
PPD/PPG/PPDK: PPDK PADAWAN
Kod PKG: PKG Kuching
Majlis Daerah: Majlis Perbandaran Padawan
Daerah Pentadbiran: Kuching
Kawasan Parlimen: Stampin
Dewan Undangan Negeri: Batu Lintang
Bandar: Kuching
Sekolah Rendah Terdekat:
SJK Chung Hwa Stapok (YCC1316)-jarak 0.5km
SMK Batu Kawa (YEA1304)-jarak 1km


PENTADBIR:

Pengetua: Mos Bin Matzin @Mostapha Bin Matzen (DGA32)
Penolong Kanan 1: Robert Imang anak Nyanggau (DGA32)
Penolong Kanan HEM: Haidah Binti Sheikh Ismail (DGA32)
Penolong Kanan Kokurikulum: Razali Hassan (DGA32)
Guru Bimbingan: Sa'adiah Binti Sulaiman (DGA32)


17 September 2008

Pameran Dan Jualan Buku 2008



Tarikh : 16-17 September 2008
Masa : Waktu Rehat dan Waktu Balik
Tempat: Perkarangan SK Stapok

Satu pemeran dan jualan buku telah di adakan selama dua hari di sekolah ini yang telah bermula pada 16hb September dan telah berakhir pada hari ini (17 September). Jualan buku ini telah dianjurkan oleh Juara Teguh yang menawarkan buku-buku yang menarik pada harga promosi yang berpatutan.



Guru-guru yang sibuk memilih buku..

Senarai harga buku:
1- Mini Handbook-Grammar RM2.50 each
2- Mini Handbook-Peribahasa/Penjodoh bil. & lain-lain RM2.50 each
3- Mini Handbook-Grammar & Vocabulary RM2.50 each
4- Mini Handbook-Synonym/Antonym/Idiom RM2.50 each
5- Mini Handbook-Maths Formula Tables RM2.50 each
6- Buku Kerja Tahun 1-6 RM2.5-2.90 each
7- Colouring Book + Free Ruler RM1.00 each
8- Disney Note Book RM1.00 each
9- Pencil/Eraser/Ruler RM1.00 each
10- Siri Mengenal Haiwan Dalam Bahasa Arab RM3.00 each
11- English made easy by the Ninja Kids RM2.00 each