Pada hari ini (Rabu) telah berlansungnya aktiviti kokurikulum bagi kelab dan persatuan. Ini merupakan perjumpaan pertama kelab dan persatuan bagi membincangkan perlantikan AJK yang baru bagi sesi 2009 beserta perancangan aktiviti untuk sepanjang tahun ini.
Aktiviti perjumpaan antara guru penasihat dan murid-murid ini bermula seawal jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 2 petang. Kehadiran murid amat menggalakkan.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlansung akan dimuat turun selepas ini dan diminta semua bersabar..Harap maaf untuk segala kesulitan ini..
25 February 2009
24 February 2009
Selamat Hari Lahir Buat Cikgu Roziah Bte Laili..
Salam buat semua yang budiman..
Dengan rasa perihatin dan bangganya..
Kami semua warga SK STAPOK ingin mengucapkan..
"Selamat Hari Lahir"
kepada Puan Roziah Binti Laili
pada hari ini..
dengan harapan..
Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
Semoga anda lebih maju dalam perkhidmatan Keguruan
Sekian, Terima Kasih!

22 February 2009
Kem Bestari Solat Tahun Satu (2009)
Pada 21.02.2009 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, satu program yang dinamakan KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU telah diadakan di bawah unit j-QAF dan Panitia Agama Islam. Seramai 65 orang murid tahun satu yang beragama Islam telah menghadirkan diri. Program ini bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Pelbagai program telah diadakan sepanjang kem berlansung yang mana para murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dikawal selia sepenuhnya oleh fasilitator masing-masing. Para fasilitator adalah seramai 5 orang guru GPI j-QAF dan 2 orang guru KAFA. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.
..Antara gambar kenangan sepanjang program berlansung..

19 February 2009
12 February 2009
Sejahtera Buat Cikgu Siti Wahidah
Salam Sejahtera Buat Semua,
Semua warga SK Stapok mendoakan agar Cikgu Siti Wahidah Abdullah segera sembuh dan dapat kembali ke sekolah seperti dahulu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat anda.
Doa ketika menziarahi orang sakit.
لاَ بَأسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللهُ
Maksudnya: “Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, Insya Allah” (Riwayat al-Bukhari dari hadis Ibnu Abbas)
أسْألُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أنْ يَشْفِيْكَ
Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (Tujuh kali).
'Tiada seorang Muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu’. (Riwayat At-Tirmizi & Abu Daud)
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِيْ وَألْحِقْنِيْ بِالرَّفِيْقِ الأعْلَى

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan teman yang tinggi darjatnya”. (Al-Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)