15 November 2008

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga SK STAPOK..

SK Stapok, Sabtu - Bermula 15hb November sehingga 4 Januari 2009 maka bermulalah cuti akhir tahun bagi sesi pengajian 2008. Sekolah akan dibuka semula pada 5hb Januari 2009. Sehubungan dengan itu, kami pihak pentadbiran SK STAPOK ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SK Stapok. Sehingga kita berjumpa lagi pada 3hb Januari 2009 bagi sesi pendaftaran 2009. Sekian, harap maklum..

13 November 2008

SK Stapok cipta kejayaan lagi..

Sk Stapok, Khamis - Pada hari ini sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa keputusan peperiksaan UPSR 2008 telah diumumkan secara rasminya. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah, SK Stapok masih lagi unggul dalam mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai peratusan yang agak memberansangkan. Seramai 3 orang murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang iaiti 5A. Mereka ialah adik Abdul Zharfan (6T), adik Nurul Natasha (6T) dan adik Mohd Azida Sahira (6T). Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.

12 November 2008

Hari Persaraan PK1 (Cikgu Robert Imang)

SK Stapok, 11hb November - Pada hari Selasa yang lalu telah diadakan majlis perarakan sempena persaraan Penolong Kanan 1 SK Stapok iaitu Encik Robert Imang dengan meriah sekali. Turut diraikan juga guru-guru yang akan berpindah ke tempat baru seperti Ustazah Suzana yang akan berpindah ke Perak. Juga tak dilupakan PKHEM Puan Hajjah Haidah yang akan bertukar ke Sabah. Nampaknya SK Stapok bakal kehilangan 3 orang guru yang amat berharga.

Apa pun, kami warga SK Stapok ingin mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu Robert, Puan Hajjah Haidah, Ustazah Suzana juga Ustaz Abdul Hisan. Kenangan bersama kalian akan kami memorikan dalam kenangan yang teramat manis..

..gambar sketsa sepanjang majlis berlansung..












Lawatan Sambil Belajar Pengawas SK Stapok 2008

SK Stapok, 5hb November - Badan pengawas SK Stapok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat seperti di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Kuching dan lain-lain lagi. Antara guru yang mengiringi lawatan tersebut Puan Hajjah Haidah (PKHEM), Cikgu Saptuyah, Ustaz Ishak dan lain-lain. Antara objek lawatan ini diadakan agar dapat membina hubungan tali silaturahim antara sekolah yang dilawati disamping menimba ilmu dan mengaut pengalaman sepanjang lawatan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlansung..

..Gelagat @ Sekolah Seni Kuching..





...Lawatan Pengawas @ Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah..







Align Center

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6

Sk Stapok, 5hb November 2008 - Pada hari Rabu bersamaan 5 November yang lalu telah diadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid tahun 6 ke beberapa tempat yang telah dirancang bersempena aktiviti selepas UPSR. Antara guru yang mengiringi sepanjang lawatan tersebut termasuklah PKKK, PK HEM, Cikgu Hairee, Ustaz Ishak, Ustazah Suzana, Cikgu Norasmawaty, Cikgu Vivian, Ustaz Abdul Hisan dan lain-lain.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam di Kem Tentera..

{Sila klik pada gambar untuk besarkan}



..gambar lawatan di Rumah Sri Kenangan..









+ Semoga lawatan ini akan memberikan manfaat kepada semua +

08 November 2008

Keputusan UPSR akan diumumkan 13 November ini..

PUTRAJAYA 7 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan

28 October 2008

Peraturan Am Sekolah

OBJEKTIF PERATURAN AM SEKOLAH

1) Mengkaji dan memperkemas peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada.

2) Mengadakan mekanisme supaya penguatkuasaan peraturan dibuat dengan lebih berkesan dan saksama.

3) Mengawal dan meningkatkan mutu disiplin.

4) Supaya murid-murid dan ibu bapa mengetahui dan memahami peraturan sekolah.

5) Melahirkan murid yang berdisiplin, berdikari dan bertatasusila.


MISI

MEMIMPIN, MENGURUS DAN MENTADBIR

SEKOLAH BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN

MURID CEMERLANG DARI SEGI

KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

SERTA

BERAKHLAK MULIA.


VISI

MENJANA SEKOLAH KEBANGSAAN STAPOK

KE ARAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2012.


PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN

1.1

HARI

MASA

Isnin hingga Selasa

Tahun 1,2,3,,6

Tahun 4,5

7.00 pagi— 12.45 tgh

7.00 pagi— 1.15 ptg

Rabu hingga Khamis

Tahun 1,2,3

Tahun 4,5,6

7.00 pagi— 12.15 tgh

7.00 pagi— 12.45 tgh

Jumaat

7.00 pagi— 11.45 pagi

1.2 Loceng Pertama

Ia akan dibunyikan pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki menjalankan tugasan harian.


1.3 Loceng Kedua

Ia dibunyikan lagi pada pukul 7:20 pagi setelah murid-murid menjalankan tugasan harian mereka. Murid-murid dikehendaki masuk ke kelas masing-masing.


1.4 Loceng Rehat

Waktu rehat adalah selama 25 minit. Bermula pada pukul 9:50 dan berakhir pada 10:15 pagi.


1.5 Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan diawasi oleh guru / pengawas.


PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN (ISNIN)

2.1 Semua murid diwajib hadir

2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing

2.3 Semasa perhimpunan, murid-murid wajib menyanyi lagu Kebangsaan dan lagu negeri dengan penuh semangat sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa perhimpunan.

2.4 Semasa Guru Besar atau guru-guru yang bertugas berucap, murid-murid harus mengambil perhatian sepenuhnya.

2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.6 Setelah perhimpunan selesai, semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.


3.1 Pakaian Murid Lelaki


3.1.1 Seluar

Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua (navy blue).


3.1.2 Tali Pinggang

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm. warna tali pinggang sama ada hitam atau biru.

3.1.3 Baju

Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek/panjang. Murid-murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu berwarna putih dan bersamping biru tua dan bersongkok hitam pada hari Jumaat.


3.1.4 Kasut dan Stoking

Kasut bagi murid-murid sekolah Rendah adalah ‘kanvas’ berwarna putih. Stoking juga hendaklah berwarna putih.


3.1.5 Rambut dan Kuku

3.1.5.1 Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya kelihatan kemas dan pendek.

3.1.5.2 Rambut tidak boleh diwarnakan.

3.1.5.3 Tidak boleh menggunakan gel dan berfesyen keterlaluan.


Istilah pendek ialah:

Di belakang: rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

Di depan: rambut tidak menutup garis tengah dahi.

Di sebelah: rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis tengah hidung.

Di atas: rambut tidak melebihi 5 cm.


3.1.6 Barangan kemas

Tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, cincin, dan lain-lain.


3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore tunic’ berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya ke lutut.


3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid-murid perempuan juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh pihak ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.


3.2.3 Tudung / Mini Telekung

Murid-murid perempuan boleh juga dibenarkan memakai tudung mini telekung dengan syarat, tudung itu berbentuk segi 2 sama dan berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.


3.2.4 Rambut/Kuku/Riben

3.2.5.1 Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.

3.2.5.2 Rambut tidak boleh mencecah bahu.

3.2.5.3 Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang dengan menggunakan riben hitam atau biru.

3.2.5.4 Murid dilarang mewarna dan mengikal rambut.

3.2.5.5 Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku atau sebagainya.


3.2.5 Alat-alat Solek

Murid-murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ / solekan walaupun nipis.


3.2.6 Barangan Kemas

Murid dilarang memakai atau membawa barangan kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lain-lain.


3.3 Pakaian Seragam Pengawas


3.3.1 Pakaian Pengawas Lelaki

Seluar panjang biru tua, kemeja, ‘vest’ dan bertali leher.


3.3.2 Pakaian Pengawas Perempuan

Baju kemeja berlengan/baju kurung, vest dan bertudung.


3.4 Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani

3.4.1 Semua murid diwajibkan memakai “T-Shirt” sekolah dan

digalakkan memakai seluar panjang (track bottom/seluar sukan pendek).


PERKARA 4 : KEDATANGAN

4.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada ibubapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.

4.3 Ibubapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.

4.4 Dalam waktu persekolahan murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan/Guru Bertugas.

4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibubapa/penjaga, diwajibkan menulis di dalam buku kebenaran keluar sekolah yang terdapat di Pejabat Am.


PERKARA 5 : KEDATANGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

5.1 Murid-murid diwajibkan hadir untuk semua aktiviti luar bilik darjah.

5.2 Aktiviti-aktiviti luar bilik darjah ialah :

5.2.1 Kokurikulum

Setiap Rabu dari jam 3.00 hingga 4.00 petang

5.2.2 Skim Baucer Tuisyen

Setiap hari Rabu dan Khamis dari jam 1.00 hingga 3.00

5.2.3 Kelas Tasmiq

Setiap hari Isnin, Selasa,Rabu dan Khamis

5.2.4 Kelas KAFA

Setiap hari Isnin dan Selasa

5.2.5 Kelas Tambahan


PERKARA 6 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH


6.1 Bilik Darjah

6.1.1 Tanggungjawab seseorang murid menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.

6.1.2 Guru Kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas harian.

6.1.3 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi meja mesti disusun dengan teratur. Lampu dan kipas mesti ditutup suisnya.


6.2 Kawasan Sekolah

6.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

6.2.2 Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6.2.3 Murid dilarang menconteng dinding bangunan sekolah dengan sebarang bahan.

6.2.4 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.


6.3 Tandas Sekolah

6.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan baik, menjaga kebersihan tandas dan dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.

6.3.2 Semua murid juga dilarang menconteng dinding tandas dengan apa jua alat/bahan.

6.3.3 Semua murid hendaklah menutup paip selepas menggunakannya.


6.4 Harta Benda Sekolah

6.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk menjaga harta benda sekolah yang terdapat di dalam kelas, tandas, kantin, pusat sumber, makmal dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.

6.4.2 Jika ada kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru/pentadbir sekolah.

6.4.3 Murid hendaklah menggantikan harta benda sekolah yang rosak yang dilakukan oleh murid sendiri.

6.4.4 Semua harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah dikembalikan/diletakkan ke tempat asal dalam keadaan baik.



PERKARA 7 : KANTIN SEKOLAH


7.1 Semua murid diwajibkan berbaris semasa hendak membeli makanan atau minuman.

7.2 Bekas makanan/minuman kepunyaan pihak kantin hendaklah dikembalikan selepas menggunakannya.

7.3 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.

7.4 Semua murid tidak dibenarkan membeli makanan dari luar kawasan sekolah.



PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN


8.1 Semua murid wajib mengenali semua guru dan juga kakitangan sekolah.

8.2 Semua murid wajib menghormati guru, kakitangan sekolah, pelawat dan juga sesama pelajar.

8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan bagi yang bukan Islam hendaklah mengucapkan selamat sejahtera.

8.4 Semua murid hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan juga menjaga nama baik sekolah.

8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan berbudi bahasa yang baik kepada sesiapa sahaja.



PERKARA 9 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )


9.1 Semua murid dikehendaki menjaga buku teks dengan baik.

9.2 Buku teks hendaklah dibalut. Murid dilarang menconteng buku teks.

9.3 Semua buku pinjaman hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik:

8.2.1 pada akhir tahun

8.2.2 apabila berhenti sekolah

8.2.3 apabila diarahkan oleh pihak sekolah.

9.4 Murid bertanggungjawab mengganti buku teks yang hilang atau rosak.

9.5 Segala peraturan tentang buku teks hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya oleh setiap murid.



PERKARA 10 : PEPERIKSAAN DAN UJIAN


10.1 Ujian dan peperiksaan formal sekolah adalah penting bagi semua murid dan mesti diberi keutamaan.

10.2 Semua markah ujian dan peperiksaan direkod.

10.3 Ini untuk mengenalpasti strategi-strategi untuk mempertingkatkannya

10.4 Buku PKBS akan diserahkan kepada semua murid selepas peperiksaan. Setiap murid dikehendaki menyerahkan buku tersebut kepada ibubapa/penjaga untuk ditandatangani dan mengembalikan kepada Guru Kelas masing-masing untuk disimpan dan rujukan di sekolah.

10.5 Sijil Berhenti Sekolah hanya akan diberi kepada murid yang berhenti dari meneruskan pelajarannya atau hendak berpin- dah ke sekolah lain.


PERKARA 11 : KERJA SEKOLAH/RUMAH


11.1 Semua arahan guru mengenai kerja sekolah/rumah perlu dipatuhi.

11.2 Murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau rumah dianggap telah melanggar peraturan sekolah.

11.3 Prestasi kendiri murid merupakan tanggungjawab semua murid. Semua murid harus membina keyakinan diri dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi diri dalam bidang akademik.



PERKARA 12 : PERPUSTAKAAN SEKOLAH


12.1 Murid tidak dibenarkan membuat bising, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.

12.2 Semua murid dikehendaki mengikut arahan yang ditetapkan di dalam perpustakaan.

12.3 Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang telah ditetapkan.

12.4 Susun buku dengan teratur, tutup suis kipas dan pastikan alat-alat yang digunakan disusun dengan kemas.

12.5 Semua murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan sekolah.



PERKARA 13 : ELETRIK DAN AIR


13.1 Semua murid diingatkan bahawa bermain atau merosakkan sistem pendawaian elektrik seperti soket, suis dan wayar adalah berbahaya.

13.2 Semua suis dan kipas angin mesti ditutup selepas digunakan atau apabila keadaan tidak memerlukan lagi.

13.3 Semua paip mesti ditutup sebaik sahaja selepas digunakan atau selepas dibuka.


PERKARA 14 : PELAWAT-PELAWAT ATAU ORANG LUAR


14.1 Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan menunggu di kaki lima atau masuk ke dalam kelas. Jika hendak berjumpa dengan murid mestilah mendapat kebenaran guru.

14.2 Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa kenderaan mereka masuk ke dalam kawasan sekolah.




PERKARA 15 : SENARAI SALAH LAKU


15.1 KESALAHAN RINGAN

15.1.1 Mengotorkan kawasan sekolah.

15.1.2 Membuang sampah merata-rata.

15.1.3 Pakaian seragam tidak lengkap dan kemas.

15.1.4 Rambut panjang dan tidak kemas.

15.1.5 Tidak membuat kerja rumah.

15.1.6 Tidak membawa buku/peralatan yang diperlukan ke sekolah.

15.1.7 Membuat bising.

15.1.8 Tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

15.1.9 Ponteng sewaktu kegiatan sekolah.

15.1.10 Tidak mengikut arahan.

15.1.11 Tidak menjalankan tugas.

15.1.12 Melawan pengawas.

15.1.13 Tidak hadir perhimpunan.

15.1.14 Ponteng kelas.

15.1.15 Ponteng sekolah.


15.2 KESALAHAN BERAT

15.2.1 Menyalahgunaknan dadah

15.2.2 Mencuri.

15.2.3 Melawan guru

15.2.4 Bergaduh / berkelahi

15.2.5 Membawa senjata tajam.

15.2.6 Membawa rokok / merokok.

15.2.7 Conteng buku/dinding/lantai.

15.2.8 Terlibat dalam permainan judi.

15.2.9 Mengancam orang lain.

15.2.10 Merosakkan harta benda sekolah.

15.2.11 Tidak menghormati Lagu .Kebangsaan

15.2.12 Peras Ugut

15.2.13 Berdua-duaan (“dating”).

15.2.14 Melakukan perkara-perkara yang boleh memberhayakan diri.



PERKARA 16 : MATA MERIT

16.1 Sumbangan terhadap

a. Kelas - 1

b. Sekolah - 3

c. Zon - 4

d. Daerah - 5

e. Bahagian - 6

f. Negeri - 8

g. Kebangsaan - 10

16.2 Jujur - 3

16.3 Bertanggungjawab - 3

16.4 Bekerjasama - 2

16.5 Pengawas Sekolah - 10

16.6 Pengawas Perpustakaan - 5

16.7 Ketua Kelas - 8

16.8 Penolong Ketua Kelas - 6


20 October 2008

Foto Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2008

FOTO PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK :

Peringkat separuh akhir :





Peringkat akhir :












FOTO PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA :





FOTO PERTANDINGAN SAJAK BAHASA INGGERIS & BAHASA MALAYSIA :









FOTO PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM TAHAP SATU








FOTO PERTANDINGAN SAJAK ANTARA GURU

..bila guru mula bersajak, macam-macam gaya ada..saksikanlaa..